>> Ahad, 15 Februari 2009

CIRI-CIRI PEMIMPIN ISLAM

Pemimpin dalam Islam dikira sebagai penggerak utama untuk maju dan bergerak ke hadapan bagi orang-orang yang dipimpinnya. Bagi memenuhi tuntutan ini seseorang pemimpin mestilah mempunyai beberapa ciri:

1) Setia (Wala)

Pemimpin dan pengikut terikat dengan wala terhadap Allah S.W.T.

2) Matlamat Islam yang menyeluruh(global)

Pemimpin melihat matlamat organisasi bukan saja berdasarkan kehendak kumpulan tetapi dalam skop objektif Islam yang luas.

3) Mengikut Syariah dan Akhlak Islamiah

Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus memegang amanah kepimpinan selagi mana boleh mengikut perintah syariah. Semasa mengendalikan tugas dan tanggungjawab, dia mestilah mengikut adab-adab Islam terutamanya semasa berhadapan
dengan musuh.

4) Memberi Thiqah

Pemimpin menerima kuasa sebagai amanah daripada Allah yang disertai tanggungjawab yang besar. Para pemimpin disuruh oleh Allah S.W.T. supaya melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T. dan menunjukkan kebaikan kepada para pengikutnya. Firman
Allah S.W.T. yang bermaksud:
Ertinya: “Orang-orang yang Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’aruf dan mencegah dari perbul-Maidah : 8)

PRINSIP ASAS KEPIMPINAN ISLAM
Tiga perkara asas yang mengawal perjalanan kepimpinan Islam ialah :

1) Suyra

Ia merupakan prinsip pertama dalam kepimpinan Islam. Para pemimpin Islam wajib melaksanakan syura dengan orang yang dapat memberikan pandangan yang baik.
Ertinya: “Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (dang lain. Perkara biasa dan perkariputuskan) dengan mesyuarat antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah as-Syura: 38)
Pelaksanaan syura ini menjadi asas dalam melaksanakan keputusan. Syura juga berfungsi sebagai tempat menyeliatindakan pemimpin agar tidak terkeluar daripada garis panduan seorang pemimpin dalam menjalankan tugasnya. Pemimpin sudah tentu tidak wajib melaksanakan syura dalam semua perkara. Perkara -perkara biasa hendaklah dihadapi dengan cara dan kaedah ya yang melibatkan perancangan dan polisi hendaklah dibezakan serta dijelaskan oleh ahli-ahli terlibat mengikut saiz, keperluan, sumber manusia, dan suasana yang memerlukan dan mendesak. Pemimpin mestilah mengikut dan melaksanakan keputusan yang dibuat dalam lingkungan syura. Dia hendaklah mengelakkan diri daripada bermain dengan kata-kata yang menonjolkan pendapatnya atau mengubah keputusan yang diputuskan oleh syura. Secara umumnya, panduan untuk memahai perjalanan kegiatan syura ini adalah seperti dibawah:
Pertama: Hal pentadbiran dan pengurusan hendaklah dikendalikan oleh pemimpin
Kedua: Urusan yang memerlukan keputusan yang pantas dan segera hendaklah ditangani oleh pemimpin dan dibentangkan kepada jamaah mesyuarat atau melalui telefon persidangan.
Ketiga: Ahli-ahli atau wakil mereka hendaklah mampu memeriksa dan mempersoalkan tindakan pemimpin secara bebas tanpa mempunyai perasaan malu.
Keempat: Dasar-dasar yang hendak diambil, objektif jangka panjang dan keputusan yang penting mestilah dibuat oleh wakil yang dipilih dalam suatu proses syura yang besar. Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada pemimpin sahaja

2) Adil

Pemimpin hendaklah berlaku adil dalam menjalankan tugasnya tanpa melihat kepada bangsa, warna kulit ataupun agama. Sifat-sifat buruk seperti dendam, hasad dan sebagainya bukan menjadi sifat pemimpin Islam. W alaupun terhadap orang yang dibencinya namun tidak menghalangnya melakukan keadilan dan memberi hak yang saksama terhadap orang yang dipimpinnya. Allah telah berfirman:

Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekalikali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Maidah : 8)
Dalam Islam kebenaran dan keadilan adalah antara unsur yang mesti diberi penekanan dan tidak boleh bertolak ansur dengannya. Kebenaran tidak boleh dijual beli dengan harta benda dunia dan kedudukan serta dianggap pengkhianat agama bagi sesiapa yang tidak mementingkan
kebenaran dan keadilan. Firman Allah S.W.T. tentang kepentingan keadilan ini:

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibumbapa dan kaum kerabatmu. Jika dia kaya ataupun miskin,mmaka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Makamjanganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan”
(Surah al-Nisa” : 13)

3) Bebas Memberi Pandangan
Pemimpin Islam mestilah menyediakan ruang yang membolehkan orang yang dipimpinnya bebas memberi pandangan dan idea yang membina. Peluang diberikan sepenuhnya kepada orang yang dipimpin menyampaikan pandangan secara bebas dan menjawab segala persoalan
yang ditimbulkan. Kedudukan sebagai seorang pemimpin bukan menjadi halangan untuk menjelaskan kebenaran.

Inilah yang menjadi amalan umat pimpinan Khulafa al- Rasyidin yang sanggup menegur peminpin dengan amaran mata pedang jika pemimpin mereka melakukan kesilapan. Tegasnya, kepimpinan Islam bukanlah satu bentuk kepimpinan yang zalim. Islam mewajibkan seseorang
pemimpin mesti bersikap adil, berunding dan sentiasa hormat menghormati antara pemimpin dan yang dipimpin. Seseorang pemimpin bertanggungjawab bukan sahaja kepada para pengikutnya tetapi yang lebih berat ialah tanggungjawab terhadap Allah S.W.T.

PENYEMPURNAAN AMANAH KEPIMPINAN

Dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan Islam, banyak perkara yang perlu diambil kira demi menjamin kesempurnaan amanah kepimpinan. Antara perkara yang mesti dilaksanakan ialah:

1. Memilih yang Lebih Sempurna (Aslah) atau Paling
Layak.

Apabila terdapat beberapa orang yang memenuhi syarat dengan sepenuhnya untuk sesuatu tugas atau menyempurnakan amanah, maka hendaklah dipilih orang yang lebih sempurna iaitu yang ‘aslah’ atau yang paling layak. Prinsip ini berdasarkan tindakan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah menyerahkan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah kerana mereka lebih layak (aslah) untuk tugas tersebut. Memilih yang paling layak ini merupakan satu kewajipan dan kemestian. Perlantikan pemimpin yang dibuat atas dasar hubungan kasih sayang atau ikatan kekeluargaan
bererti satu pengkhianatan terhadap Allah S.W.T., Rasul- Nya dan kaum muslimin.

2. Memilih yang Lebih Baik (Amthal)

Jika tidak terdapat calon yang layak memenuhi sesuatu tugas maka hendaklah dipilih calon yang lebih hampir dalam memenuhi syarat. Ini bermakna memilih yang terbaik di kalangan calon yang ada. Hal ini hendaklah dibuat dan diusahakan secara sungguh-sungguh. Perlu diperingatkan
bahawa semua jawatan yang mempunyai kekuasaan ialah:
(a) Al-Quwwah
(b) Al-Amanah
Kedua-duanya merupakan rukun kelayakan bagi sesuatu tugas.
Ertinya: “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah yang kuat lagi amanah.”

Quwwah

Maksudnya di sini ialah kekuatan dalam pengertian yang luas. Bukan sekadar kekuatan tubuh badan tetapi lebih luas daripada itu. Ini bergantung pada bidang tugas dan pekerjaan yang dipikul. Sebagai contoh, quwwah bagi kepimpinan ketenteraan ialah mempunyai sifat keberanian, pengetahuan dan mengetahui tipu daya serta selok-belok ketenteraan dan peperangan, mampu berhadapan dengan musuh dan memimpin bala tentera. Quwwah dalam menghukum pula ialah kemampuan dari sudut ilmiah yang tinggi sehingga boleh menghukum dengan adil dan saksama berdasarkan al- Quran dan al-Sunnah. Juga berkemampuan untuk melaksanakan hukum.

Amanah

Maksudnya di sini ialah takut kepada Allah S.W.T., tidak menjual ayat-ayat Allah S.W.T. dengan harga yang murah dan tidak takut kepada manusia. Inilah tiga ciri bagi sifat -sifat amanah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Apa yang perlu diberi perhatian ialah berlaku kesulitan mendapatkan kombinasi antara Amanah dan Quwwah ini. Kombinasi dua sifat ini bagi satu peribadi adalah agak sulit. Imam Ahmad pernah ditanya mengenai dua orang yang akan menyertai serangan. Terdapat seorang yang kuat tetapi fajir (jahat) dan seorang lagi soleh tetapi lemah. Ima m Ahmad telah menjawab bahawa sesungguhnya yang kuat tetapi fajir itu lebih memberi kekuatan kepada kaum muslimin, edangkan yang soleh tetapi lemah itu kesolehannya
adalah untuk dirinya sendiri sedangkan kelemahannya merugikan kaum muslimin, maka berperanglah bersama yang kuat walaupun fajir.
Prinsip ini penting di mana jika tidak ada calon yang memenuhi syarat quwwah dan amanah ini, maka hendaklah dilihat kepada kemampuan dan kepakaran yang mana lebih mendatangkan manfaat dan mengurangkan mudharat bagi kaum muslimin. Tegasnya kemampuan, kecekapan dan kepakaran yang diperlukan bagi mengisi jawatan itu adalah diutamakan iaitu meletakkan orang yang sesuai untuk tugas yang sesuai. Dalam mengenalpasti calon yang lebih layak dan pelaksanaannya perlu dipastikan apakah tujuan jawatan tersebut. Ini bermakna, jaw atan tersebut hendaklah dipastikan tujuan, tugas, bidang kuasa seseorang itu dilantik untuk mengisinya. Selepas itu, hendaklah diketahui dan dipastikan cara pemilihan dan perlantikan bakal pemegang jawatan tersebut. Jika telah dapat dipastikan tujuan dan cara, maka sempurnalah urusan.

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP