ISBAC @facebook

>> Jumaat, 30 Mac 2012

Suggested to all new members. Search BBA (Hons) ISLAMIC BANKING UiTM TERENGGANU or just click at http://www.facebook.com/groups/108844052519735/

Read more...

PERANCANGAN AKTIVITI SEMESTER MAC - MEI 2012

AKTIVITI - AKTIVITI DIBAWAH ISBAC

AKTIVITI - AKTIVITI LAIN YANG MELIBATKAN AHLI ISBAC

Read more...

SEMULA

Read more...

Persediaan Sebelum Melabur Di Dalam Pasaran Saham

>> Isnin, 5 Disember 2011

Penulis: Pn. Noor Hasyimah Bt. Sulaiman
(Penasihat ISBAC)

Pelaburan saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular dikalangan pelabur institusi dan pelabur individu atau runcit. Dikatakan 70% dari pelabur di Bursa Malaysia terdiri daripada pelabur runcit.[1] Sebelum seseorang pelabur membuat keputusan di dalam pelaburan terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan.


Persediaan pertama bagi mereka yang bercadang untuk melabur dalam saham adalah mempunyai modal yang mencukupi. Ini adalah kerana pelaburan saham memerlukan wang untuk membeli saham dan mempunyai risiko tinggi. Dengan ini apabila berlaku kejatuhan harga atau kerugian mereka tidak akan menggunakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk menampung kerugian yang dialami. Sewajarnya mereka yang mempunyai lebihan wang daripada keperluannya sahaja digalakkan melabur dalam saham.

Selain daripada mempunyai modal yang mencukupi, bakal pelabur juga mesti bersedia dari segi pengetahuan dalam bidang pelaburan. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan pelaburan saham seperti buku-buku yang berkaitan dan halaman perniagaan dalam akhbar harian temapatan ataupun penerbitan lain. Artikel–artikel dan rujukan daripada internet juga dapat membantu bakal pelabur menambahkan pengetahuan tentang strategi–strategi dan cara–cara pelaburan saham.[2] Sekiranya bakal pelabur ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih, mereka juga boleh menghadiri seminar atau kuliah yang berkaitan.

Di samping itu, persediaan yang paling penting lagi adalah sanggup menanggung sebarang risiko dari pelaburan saham. Seperti yang kita maklum, pasaran saham ini sentiasa berubah. Harga-harga saham sentiasa naik dan turun. Ada ketika ia melambung naik dan ada ketika ia menjunam. Bagi mereka yang tidak sanggup menghadapi keberubahan harga ini, eloklah memilih pelaburan yang tidak volatil walaupun pulangannya rendah tetapi risikonya kurang.[3]

Justeru, persediaan yang baik sebelum membuat keputusan di dalam pelaburan akan membantu para pelabur mendapat pulangan yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan mereka

Rujukan:
(1) Hasan (1995), op.cit., h. 177; Sharpe, William F. dan Alexander, Gordon J. (1990), op.cit., h. 17.
[2] Rokiah Hassan (Dr.) (2003), Pelaburan Saham Dalam Perancangan Kewangan. Selangor: Leeds Publications, h. 26.
[3] Rokiah Hassan (Dr.) (2003), op.cit., h. 28.

Read more...

SUMBANGAN INSTITUSI PERBANKAN ISLAM KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA.

Penulis: Pn. Noor Hasyimah Bt. Sulaiman
(Penasihat ISBAC)

Sistem perbankan Islam telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada umat Islam menggunakan kemudahan perbankan yang bertepatan dengan syariat Islam. Semenjak tahun 1983, telah berlaku perkembangan sistem perbankan Islam di bawah Akta Bank Islam 1983. Rentetan itu, sebuah bank Islam yang pertama di Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 1 Mac 1983. Pada 1 Julai 1983, BIMB telah memulakan perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan perbankan yang mengaplikasikan prinsip-prinsip syariah. Di samping itu, segala urusannya juga dikendalikan tanpa ada unsur-unsur faedah atau riba. Seterusnya pada 1 Oktober 1999, Bank Muammalat Malaysia Berhad telah ditubuhkan dan memulakan operasinya. Pada tahun 2005 pula terdapat beberapa institusi perbankan Islam yang memulakan operasinya seperti RHB Islamic Bank (1 Mac 2005), al-Rajhi Bank, Kuwait Finance House dan CIMB Islamic Bank. Kewujudan bank-bank ini telah membuka lembaran baru kepada sistem perbankan Islam di Malaysia di samping memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Tidak dapat dinafikan lagi institusi perbankan Islam banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara melalui kegiatan yang dijalankannya. Antaranya adalah dengan menawarkan khidmat pembiayaan kepada pelanggan individu atau korporat. Terdapat beberapa jenis khidmat pembiayaan yang ditawarkan seperti Pembiayaan Runcit, Pembiayaan Perdagangan dan Pembiayaan Korporat yang mempunyai pelbagai jenis produknya yang tersendiri. Antaranya adalah produk Pembiayaan Penyambung- Al-Istisnaa di bawah perkhidmatan Pembiayaan Korporat. Al-Istisnaa merupakan jualan secara tempahan. Melalui kemudahan ini, bank akan membiayai pelanggan untuk membeli aset yang sedang dalam proses pembinaan, tetapi pelanggan ingin menangguh pembayaran aset tersebut kepada tempoh tertentu atau dibayar secara ansuran. Pembiayaan ini diwujudkan dengan tujuan membantu membiayai projek perumahan, projek komersil, pembinaan bangunan untuk tujuan komersial atau industri dan lain-lain projek. Melaluinya juga pelanggan akan dapat meneruskan projek-projek yang ingin dijalankan oleh mereka tetapi tertangguh atau tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. Perlaksanaan projek-projek dengan bantuan pembiayaan perbankan Islam dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan ekonomi negara apabila projek – projek ini telah siap dilaksanakan.

Di samping itu, kewujudan perbankan Islam juga telah memenuhi keperluan perbankan orang-orang Islam untuk menyimpan wang mereka di bank yang beroperasi berteraskan prinsip Syariah. Ini adalah kerana perbankan Islam tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi lebih menitik beratkan faktor agama, maka ini akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya untuk menyimpan wang mereka di bank ini. Apabila terdapat ramai pendeposit menyimpan, maka jumlah kewangan BIMB akan meningkat. Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Islam Malaysia Berhad bagi tahun 2001 jumlah pendeposit semakin meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Ini terbukti apabila pada tahun 2000 jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit adalah sebanyak RM 7,218,861 dan meningkat kepada RM 8,976,562 pada tahun 2001. Dengan kewangan yang stabil ini maka BIMB akan dapat melaburkannya dalam projek-projek atau perniagaan tertentu. Dengan ini berlakulah aliran wang yang akan membawa kepada keuntungan. Melalui keuntungan yang diperolehi, pembangunan ekonomi negara akan dapat ditingkatkan.

Perbankan Islam turut memainkan peranan membentuk usahawan yang lebih beretika dan mementingkan syariat Islam dalam setiap aktiviti ekonomi. Ini adalah kerana pekongsi, peminjam ataupun pelabur di perbankan Islam mestilah menyalurkan pinjaman yang diberikan oleh bank ini kepada perusahaan yang produktif dan dibenarkan oleh Syariah sahaja. Perusahaan yang dilarang oleh Islam tidak akan diberikan bantuan samada dari segi pinjaman ataupun pembiayaan. Dengan ini, secara tidak lansung perbankan Islam telah dapat membantu kepada pembentukan usahawan muslim ataupun usahawan bukan Islam yang jujur dan menjalankan kegiatan ekonomi dengan penuh beretika. Apabila wujudnya golongan yang sedemikian, maka pembangunan ekonomi negara akan dapat berkembang pesat tanpa ada penipuan, spekulasi, kegiatan haram dan sebagainya.

Konklusinya, institusi perbankan Islam memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan ekonomi negara. Walaupun wujudnya persamaan dari segi fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh perbankan dengan bank konvensional yang lain, tetapi landasan penubuhannya adalah berbeza. Perbankan Islam menjalankan perniagaan perbankan dengan berlandaskan hukum Islam serta bertujuan keagamaan. Oleh yang demikian sumbangan yang diberikan oleh institusi perbankan Islam adalah amat besar dalam menjana pembangunan ekonomi Malaysia dengan sumber yang halal dan tidak bertentangan dengan syarak. Semua ini adalah untuk mencetuskan pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih Islamik dan seimbang.

Read more...

>> Selasa, 17 Mei 2011

Assalamualaikum.. Maaf kerana lama menyepi.. Alhamdulillah.. Semester ini telah berakhir dan semua ahli keluarga ISBAC juga pastinya sedang bercuti.. Selamat bercuti diucapkan dan manfaatkanlah cuti anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Sebelum saya mencoret lebih jauh.. Ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah di UiTM Dungun. Syukran atas usaha yang tak pernah berhenti untuk menerangi kami dengan ilmu.
Entry seterusnya akan berkisar mengenai program-program yang telah dinjurkan oleh ISBAC sepanjang semester ni. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program-program ini.
Semoga semester depan, kita akan lebih baik dalam semua segi. Terimalah teguran sebagai satu cabaran dan pujian sebagai satu semangat untuk lebih cemerlang.

Read more...

Tentatif Program Seminar Kewangan dan Perbankan

>> Sabtu, 12 Februari 2011

AHAD(13 Februari 2011)
8.00pg:Pendafataran pelajar
8.30pg:Ketibaan VIP
8.45pg:Nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM
9.00pg:Bacaan doa oleh Muhammad Asyraf Bin Rosli
9.05pg:Ucapan daripada Mohd Bazli Bin Ab Hamid selaku ketua projek
9.10pg:Ucapan daripada Pn. Noor Hasyimah Binti Sulaiman selaku penasihat
Projek
9.20pg:Ucapan Perasmian oleh Cik Najah Binti Lukman selaku ketua
Pengurusan Akademik
9.30pg:Minum pagi
9.50pg:Sesi pertama: Tajuk ”Essential of Fundamental Analytics 1:
Analyzing Company Performance”
12.30tgh:Makan tengah hari dan solat Zohor
2.00ptg:Sesi kedua: Tajuk ”Essential of Fundamental Analytics 1:
Analyzing Company Performance”
4.30ptg:Minum petang
5.00ptg:Bersurai

ISNIN(14 Februari 2011)
9.00pg:Pendafataran pelajar
9.30pg:Minum pagi
10.00pg:Sesi pertama: Tajuk ”Islamic Capital Market: Equity
Products and Innovation”
12.30tgh:Makan tengah hari dan solat Zohor
2.00ptg:Sesi kedua: Tajuk ”Islamic Capital Market: Equity
Products and Innovation”
4.00ptg:Majlis Penutup
4.30:Minum petang
Bersurai

Read more...

Kenangan AGM

>> Ahad, 30 Januari 2011

Sesi Cenderahati




Sesi Pembentangan Bajet oleh Bendahari ISBAC

Vip yang hadir..

Warga ISBAC yang menjayakan AGM



Read more...

Sekitar AGM

AGM ISBAC telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Januari 2011 yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua yang telah hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Tak lupa juga pada barisan-barisan exco yang bertungkus-lumus untuk majlis ini. Mohon maaf juga sekiranya ada kekurangan. Sedikit kenangan daripada AGM kami sertakan.

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP