Persediaan Sebelum Melabur Di Dalam Pasaran Saham
>> Isnin, 5 Disember 2011
Penulis: Pn. Noor Hasyimah Bt. Sulaiman
(Penasihat ISBAC)
Pelaburan saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular dikalangan pelabur institusi dan pelabur individu atau runcit. Dikatakan 70% dari pelabur di Bursa Malaysia terdiri daripada pelabur runcit.[1] Sebelum seseorang pelabur membuat keputusan di dalam pelaburan terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan.
Persediaan pertama bagi mereka yang bercadang untuk melabur dalam saham adalah mempunyai modal yang mencukupi. Ini adalah kerana pelaburan saham memerlukan wang untuk membeli saham dan mempunyai risiko tinggi. Dengan ini apabila berlaku kejatuhan harga atau kerugian mereka tidak akan menggunakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk menampung kerugian yang dialami. Sewajarnya mereka yang mempunyai lebihan wang daripada keperluannya sahaja digalakkan melabur dalam saham.
Selain daripada mempunyai modal yang mencukupi, bakal pelabur juga mesti bersedia dari segi pengetahuan dalam bidang pelaburan. Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan pelaburan saham seperti buku-buku yang berkaitan dan halaman perniagaan dalam akhbar harian temapatan ataupun penerbitan lain. Artikel–artikel dan rujukan daripada internet juga dapat membantu bakal pelabur menambahkan pengetahuan tentang strategi–strategi dan cara–cara pelaburan saham.[2] Sekiranya bakal pelabur ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih, mereka juga boleh menghadiri seminar atau kuliah yang berkaitan.
Di samping itu, persediaan yang paling penting lagi adalah sanggup menanggung sebarang risiko dari pelaburan saham. Seperti yang kita maklum, pasaran saham ini sentiasa berubah. Harga-harga saham sentiasa naik dan turun. Ada ketika ia melambung naik dan ada ketika ia menjunam. Bagi mereka yang tidak sanggup menghadapi keberubahan harga ini, eloklah memilih pelaburan yang tidak volatil walaupun pulangannya rendah tetapi risikonya kurang.[3]
2 comments:
bird nest malaysia
fungsi vitamin c
khasiat durian belanda
khasiat sarang burung walet
barang keperluan bayi
kahak
kembung perut
barang bayi
Catat Ulasan