Tunas Mekar... kaedah penyelesaian mengelakkan diri dari menganggur

>> Selasa, 28 April 2009

Assalamualikum

Kepada semua pelajar tahun akhir yang menamatkan pengajian semester ini, anda dipelawa untuk mengikuti Program Tunas Mekar anjuran UiTM.
Apakah Program Tunas Mekar?
- Program Keusahawanan.
- Akan menjalani praktikal di tempat-tempat yang berkaitan dgn keusahawanan seprti menternak kambing, penanaman cendawan, perusahaan kraftangan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan keusahawanan.
- Tempoh masa program adalah 1 tahun bermula Jun 2009-Jun 2010.
-Elaun yang menarik diberikan RM 600++.
Berminat sila berikan nama secepat mungkin kepada saya. Boleh emailkan nama dan butiran peribadi anda ke alamat email syimah81@yahoo.com.
Wassalam.

Penasihat ISBAC

Read more...

Tazkirah 3

>> Khamis, 23 April 2009


Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita dalam sesi tazkirah ketiga ini bersama sya, Ustaz Hafiz. Ok, kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang pesanan Rasulullah kepada Ali dan seluruh umat Islam. Cerita ini amat menarik, hayati bersama-sama.

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
Apa yang tertulis dalama wasiat Rasulullah itu sedikit sebanyak tertunding kepada kita, semoga kita dapat mengambil iktibar dengan apa yang disampaikan. Berjumpa lagi dalam episode akan datang (“,)

Read more...

selamat menjawab dengan betul & tepat

>> Selasa, 21 April 2009

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
Langit Dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan
Terjaga untuk solat malam...

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan
Makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini Kepada Saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi Amalan kepada Kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang Berkekalan bagi Orang yang mengamalkannya.

Read more...

Tazkirah 2

>> Khamis, 16 April 2009















KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK & LIF AJAIB GUNUNG KINABALU Cool

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti" Very Happy

Read more...

Time Table Final Exam Dec 08 - Apr 09 UiTM Dungun (klik di sini)

>> Rabu, 15 April 2009

Wish All of You Good Luck in coming final exam..

Allahumma Yassir Wala Tu'assir....

Read more...

diNNer TaLK wiTh coRporaTE fiGure

>> Selasa, 7 April 2009

















nie sebahagian gambar2 diner tempoh hari...

gambar no 1 tu gambo sbahagian ajk2 yang buat persiapan dalam dewan sblm mjlis..dari kul 2 ptg sampi la 7.30 mlm buat kerja..

gambo no2 pulak banner utama dinner

gambo no 3 lak gambo che mad, ustazah, linda,basyir n sheda bersama tetamu jemputan en hizzad.

gambo no 4 gambo PM wan dorishah sampaikan cenderahati kenang kenangan kpd en hizzad

n gambo last no 5 gambo kenangan ajk bersama dif-dif jemputan yg hadir mlm dinner. InsyaAllah akan ditambah lg selepas ini..

Read more...

perasmian blog ISBac

>> Isnin, 6 April 2009




Alhamdulillah..semalam 05 april 2008, jam 8.55 bertempat di Dewan Bidara Hotel UiTM Terengganu dengan penuh gilang - gemilangnya laman Blog rasmi ISBAC telah dirasmikan oleh Prof. Madya Wan Dorishah Timb. Pengarah Kampus Bahagian Hal Ehwal Akademik & Pengantarabangsaan. Keris & berlatarkan warna kuning menjadi simbolik rasmi majlis perasmian.. tapi mengapa keris & warna kuning yang dipilih? ha..yang ni akan dijawab oleh ahli majlis tertinggi selepas nie...

Turut berlangsung sama pada malam tersebut juga Majlis Makan Malam ISBAC dan ceramah kerjaya graduan perbankan Islam yang disampaikan oleh En Hizzad Baharuddin yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia..

Kami di pihak ISBAC mengucapkan jutaan terima kasih & tahniah kepada semua yang telah menjayakan program "3 in 1" ini terutamanya kepada kelas BMB 4 IA kerana ianya berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun ianya program pertama kali ianya diadakan..


Read more...

Mahkamah Rayuan sah kontrak BBA patuhi syariah

>> Rabu, 1 April 2009


PELANGGAN dan bakal pelanggan pembiayaan perumahan berlandaskan kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) di bank Islam kini tidak perlu lagi berasa sangsi dengan pematuhan produk berkenaan dari segi perundangan Islam kerana Mahkamah Rayuan telah memutuskan kontrak itu adalah sah dan mematuhi Syariah.

Perkara ini diputuskan sebulat suara oleh hakim Mahkamah Rayuan kelmarin dalam satu prosiding yang membabitkan Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

"Dengan keputusan ini, ia mengesahkan amalan Bank Islam yang berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah," kata bank itu dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Mahkamah Rayuan turut menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan, justeru, tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA, kaedah pembiayaan membabitkan tiga pihak iaitu pemaju, bank dan pembeli (pelanggan pembiayaan), yang diamalkan perbankan Islam di Malaysia, sebelum ini dipertikai beberapa pihak, terutama perban-kan Islam di Asia Barat.

Pihak terbabit mendakwa kaedah itu, terutama jika dilaksanakan bagi pembiayaan perumahan adalah tidak mengikut perundangan Islam kerana ia boleh disamakan dengan salinan kepada sistem riba dalam perbankan konvensional.

Di bawah prinsip BBA, seseorang yang mahu mendapatkan pembiayaan pembelian rumah perlu terlebih dulu menandatangani Per-janjian Jual-Beli (S&P) dengan pemaju serta membayar wang pendahuluan antara lima hingga 10 peratus daripada harga pembelian sebelum boleh mendapatkan pembiayaan bank.

Apabila diluluskan, bank akan membeli hak pelanggan menerusi S&P dan kemudian membayar keseluruhan harga rumah itu kepada pemaju sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tertangguh lebih tinggi daripada harga asal rumah itu.

Pihak yang mempertikaikan konsep berkenaan mendakwa perbezaan antara harga tertangguh dengan harga asal rumah itu boleh membawa kepada unsur riba.


Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP