Pindahan Tarikh Cuti Semester

>> Ahad, 26 Julai 2009

Merujuk kepada Pekeliling yang dikeluarkan oleh Dato' VC (sila lihat di website UiTM Shah Alam), cuti semester telah diawalkan kepada 26/7/09-1/8/09. Jadi selepas ini tiada lagi cuti pertengahan semester. Selamat bercuti.
wassalam.

Penasihat ISBAC

Read more...

Pekeliling h1n1

>> Khamis, 23 Julai 2009

pihak pengurusan UiTM Dungun telah mengeluarkan pekeliling (akan dipublish selepas ini) berhubung kes H1N1 dikampus. Pekeliling mengarahkan semua mahasiswa/i dikuarantin dan di kehendaki berada di rumah. tempoh kuarantin ialah 23/07/09 sehingga 01/08/09 ( khamis - sabtu) selama 10hari. Mana2 pelajar yang mempunyai simpton2 H1N1 selepas tarikh dikuarantin tidak digalakkan untuk kembali ke kampus (sila hubungi UiTM). Harap para pelajar boleh mendapatkan maklumat2 tentang H1N1 di laman kementerian kesihatan di pautan sebelah.

Program Motivasi & Perjumapan pada petang ini (23/07/09) juga turut ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Read more...

PROGRAM MOTIVASI DAN HARI SILATURAHIM KELAB PERBANKAN ISLAM(ISBAC)UiTM TERENGGANU

>> Isnin, 13 Julai 2009

PROGRAM MOTIVASI DAN HARI SILATURAHIM KELAB PERBANKAN ISLAM(ISBAC)UiTM TERENGGANU

Salam sejahtera kepada semua, program motivasi dan hari silaturrahim akan diadakan bagi mengukuhkan kekuatan minda dan tali persaudaraan antara pelajar isbac UiTMT. Program ini adalah Berstatus core:"WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR ISBAC(part 1 hingga part6)".

Anda semua harus hadir kerana manfaatnya sangatlah besar. Ceramah motivasi akan disampaikan oleh pakar motivasi CITU(Ustaz Wan Hairi) dan anda pasti akan kering gusi mendengar ceramah beliau..Tapi jangan runsing, air minum ada.
Di Bawah butir jelas:



Program:PROGRAM MOTIVASI DAN HARI SILATURAHIM KELAB PERBANKAN ISLAM(ISBAC)UiTM TERENGGANU
Tarikh: 23/07/09
tempat:Dewan Cemara
Masa: 4.45 petang-10.30 malam
Kehadiran: Core.Wajib kepada semua student isbac(part 1 hingga part 6)
Makanan: Ada di sediakan

Aktiviti:
1) Bacaan Yasin
2)Ceramah agama Motivasi
3)LDK
b/p: Penasihat isbac

Terima kasih

Read more...

(Bank Islam mega bakal di buka)amacam....kerja untuk budak isbac sgt terbuka luas !

>> Khamis, 9 Julai 2009


Malaysia tawar pelabur asing buka dua bank Islam dengan modal berbayar RM3.59 bilion

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mempelawa pelabur asing menubuhkan dua bank Islam mega di negara ini dengan modal berbayar lebih AS$1 bilion (RM3.59 bilion) setiap satu bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam utama antarabangsa.

Penubuhan bank Islam mega, yang ekuitinya boleh dimiliki sehingga 100 peratus oleh pelabur asing itu ditawarkan sebagai sebahagian proses liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Tawaran itu adalah pertama seumpamanya kerana ketika ini belum ada bank Islam bersaiz sedemikian beroperasi di mana-mana tempat di dunia dan ia dijangka mampu membantu melonjakkan lagi sektor perbankan Islam global.

Pada sidang media mengumumkan pakej liberalisasi itu di pejabatnya di sini, Najib berkata kerajaan juga menawarkan dua lagi lesen bagi penubuhan syarikat takaful keluarga untuk memantapkan lagi industri perkhidmatan kewangan Islam.

Turut ditawarkan ialah penubuhan sehingga lima lagi bank perdagangan baru yang ekuitinya boleh dimiliki pelabur asing sehingga 100 peratus, dengan masing-masing dua lesen akan dikeluarkan tahun ini, manakala tiga lagi pada 2011.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kelonggaran untuk pelabur asing meningkatkan had pegangan ekuiti mereka daripada 49 peratus kepada sehingga 70 peratus dalam bank pelaburan, bank Islam, syarikat insurans dan pengendali takaful di negara ini.

Serentak itu, semua 13 bank perdagangan asing sedia ada diperbadankan di negara ini, juga dibenarkan membuka sehingga empat cawangan baru di lokasi yang sudah ditetapkan tahun depan dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.

"Kelonggaran ini dijangka mampu memperkukuh potensi perniagaan dan meningkatkan prospek pertumbuhan institusi kewangan menerusi pemerolehan kepakaran antarabangsa serta rangkaian hubungan global milik pelabur asing.

"Ia juga akan memberi fleksibiliti kepada institusi kewangan asing yang beroperasi di Malaysia bagi memperluaskan jangkauan produk serta perkhidmatan masing-masing menerusi pembukaan cawangan baru," katanya.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Mohd Husni Hanadzlah; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Rabu lalu, Perdana Menteri mengumumkan liberalisasi 27 sektor kecil perkhidmatan dengan memansuhkan syarat pegangan ekuiti tempatan bagi menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi.

Antara sektor kecil itu ialah perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Ketika mengumumkan perkara itu, kerajaan juga memberi komitmen untuk akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

Najib berkata, secara dasarnya, liberalisasi pasaran perkhidmatan kewangan yang diumumkan semalam bertujuan memastikan Malaysia tidak tercicir daripada meraih manfaat maksimum hasil pengukuhan hubungan antarabangsa dan peningkatan prestasi tahap lebih tinggi.

Usaha itu sekali gus dapat membantu meningkatkan lagi sumbangan sektor perkhidmatan kewangan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya sejajar fungsinya sebagai antara komponen terpenting.

Bagi memastikan bank perdagangan domestik sedia ada kekal kukuh dan terus mampu menguasai lebih 50 peratus pasaran tempatan, kerajaan mengekalkan had pegangan ekuiti asingnya pada tahap 30 peratus.

Tawaran menubuhkan masing-masing dua bank Islam mega, bank perdagangan dan takaful keluarga itu dibuka hingga 31 Oktober ini dan pemohon yang berjaya boleh memulakan operasi dalam tempoh setahun selepas ia diluluskan.

Perdana Menteri berkata, liberalisasi pasaran kewangan itu akan juga menyediakan akses kepada produk dan perkhidmatan bertaraf dunia, meningkatkan hubungan antarabangsa, menggalakkan integrasi serantau serta mempromosi Malaysia sebagai pusat perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar.

Lesen bank perdagangan yang ditawarkan tahun ini dibuat kepada peserta asing yang mampu membawa kepakaran khusus seperti dalam bidang pertanian, infrastruktur, perkhidmatan, teknologi dan sebagainya.

Sementara itu, tiga lagi lesen bank perdagangan baru akan ditawarkan pada 2011 itu dibuat kepada bank antarabangsa bertaraf dunia yang mampu membawa cadangan nilai yang bermanfaat kepada Malaysia.

Sejajar pakej liberalisasi itu, kerajaan juga memberi kelonggaran kepada syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990, untuk menubuhkan pejabat operasi dan pengurusan di ibu negara berkuat kuasa 1 Jun ini.

"Bagi menyediakan persekitaran perniagaan lebih fleksibel, institusi perbankan luar pesisir yang dilesenkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Lofsa), juga diberi kelonggaran untuk beroperasi di dalam negeri (onshore) mulai 2010.

"Syarikat insurans luar pesisir yang dilesenkan oleh Lofsa dan memenuhi kriteria pula akan diberi kebenaran beroperasi di dalam negeri mulai 2011," kata Najib yang menjelaskan langkah itu akan disokong rangka kawal selia yang bersesuaian.

Source : Berita Harian On-Line

Tuesday, 28 April 2009

By : Johari Ibrahim dan Kamarulzaidi Kamis

Read more...

HARI PERUNDINGAN PENDAFTARAN KURSUS

>> Rabu, 1 Julai 2009

TARIKH : 5 DAN 6 JULAI 2009
Pelajar yang bermasalah dengan pendaftaran kursus adalah diwajibkan hadir :
Sesi Rundingan bersama Koordinator Program dan Penasihat Akademik
Pendaftaran Kursus (Gugur dan Tambah Kursus serta Kemaskini Kumpulan)
Program: BM229 Makmal Komputer:MK 3A4
Semua pelajar UiTM adalah digalakkan untuk hadir.
Oleh yang demikian, semua kuliah akan bermula pada 7 Julai 2009 (rujuk Kalendar Akademik UiTM Terengganu).

Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.
NOOR SHARULNIZA BT. SAU HAMID
Penolong Pendaftar (Rekod dan Peperiksaan)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Kampus Dungun, UiTM Negeri Terengganu
Tel : 09-8403702
Fax : 09-8403777

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP