Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat
Matlamat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila anda punya matlamat maka anda merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan anda sendiri. Mata pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian anda sendiri.
Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya!!!
Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah sebab kita bukannya robot dan bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari.
Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka. Tetapi dengan adanya matlamat anda pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian anda asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang anda. Anda boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi anda perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Be flexible!!
Menerima Hakikat Diri
>> Isnin, 14 Disember 2009
"Jika anda dilahirkan 5 kaki 2 inci, terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi anda. Apapun yang anda lakukan anda akan tetap setinggi itu.
Jika anda mengetahui anda tidak akan menjadi seorang ahli sukan yang handal kerana kekurangan tenaga dan stamina, akuilah hakikat ini kerana ALLAH telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang anda mahukan itu.Tidak semua orang boleh menjadi seperti P. Ramlee, Lat dan Mahathir Mohamad, tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai kecemerlangan mereka berdasarkan apa yang telah ALLAH sediakan untuk mereka.
Anda boleh berjaya dalam bidang anda, mengikut pada bidang yang anda lalui. Sebagaimana saya sering menginginkan kebolehan terbang seperti Superman sewaktu kecil, saya akui hakikat bahawa manusia tidak boleh sama dengan burung.
Seekor burung telah dianugerahkan ALLAH dengan fizikal yang demikian untuk menjalani hidupnya dan demikianlah saya, anda dan semua orang.
Sebagaimana corak di jari berbeza, begitulah setiap individu. ALLAH yang Maha Kaya telah menjadikan setiap ciptaan-NYA berbeza. Demikianlah dalam membina kejayaan, setiap orang unik dengan fizikal dan personalitinya, kejayaan juga turut unik dan berbeza.
Ahli-ahli jiwa mengatakan, salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kerana kurang yakin kepada diri sendiri. Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan seseorang. Bagaimanakah mengatasi perkara begini:-
Keras kemahuan dan kehendak
Semoga kejayaan milik anda jua akhirnya.

Sudah pastilah cintaKu kepada orang-orang yang saling cinta-menyintai keranaKu,
Sudah pasti pula cintaKu kepada orang-orang yang saling membantu keranaKu.”
*hadis Qudsi*
-Mahasiswa bermotivasi teras keunggulan modal insan UiTMT-
Bank digesa sumbang kepada HRDF
...
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mahu bank komersial menyumbang kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi membantu melatih pekerja mahir.
Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, kini sektor kewangan tidak menyumbang kepada tabung berkenaan yang ditubuhkan khas untuk meningkat kemahiran pekerja.
Adalah mandatori kepada syarikat dalam sektor pembuatan dan industri untuk menyumbang satu peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka sebulan kepada tabung itu.
Namun jumlah tersebut dikurangkan kepada separuh sejak Februari lalu ekoran krisis ekonomi global.
"Kini bank hanya menumpukan perhatian memberi latihan pegawai yang bergaji tinggi dan membiarkan pekerja bawahan,” kata Solomon.
Katanya, NUBE mahu memastikan kira-kira 30,000 ahlinya mempunyai kemahiran tinggi beserta kelayakan akademik yang mencukupi yang sangat diperlukan sekarang. - Bernama
Petua Memberi Tumpuan
>> Selasa, 1 Disember 2009
·Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh pensyarah terdahulu sebelum memulakan kuliah. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada pensyarah sebelum bermulanya kuliah tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Pensyarah mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.
·Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh pensyarah nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh pensyarah kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.
· Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika pensyarah mengajar.
· Jangan alih mata anda dari melihat pensyarah dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

· Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.
·Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh pensyarah ke dalam bentuk gambaran minda.
·Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh pensyarah.
· Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?
· Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya pensyarah. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.
·Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.
·Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila pensyarah keluar dari kelas
.jpg)