Makluman Semua Ahli ISBAC

>> Rabu, 31 Mac 2010

Assalamualaikum wbt

Adalah dimaklumkan pada 3 April 2010, Sabtu, akan diadakan program Isbac seterusnya iaitu Family Day Fakulti Pengurusan Perniagaan melibatkan Persatuan dibawah fakulti terbabit seperti ISBAC,FISA, MARKETING DAN OPEM. Diharapkan dapat menghadirkan diri kesemuanya.

Perkara kedua adalah diingatkan semua ahli ISBAC telahpun mendaftar subjek bagi sem hadapan di student portal masing-masing bagi mengelakkan kesukaran anda dimasa depan.

Perkara ketiga adalah berkenaan makluman DINNER ISBAC pada 10 April 2010 pada hari Sabtu malam. Insyaallah makluman mengenai tema akan dimaklumkan segera dan perkara berkaitan dengannya.

Berikutnya pada 8 April 2010, sekali lagi dijemput seluruh ahli ISBAC turun ke Majlis Tahlil Perdana dan Solat Hajat Sempena Exam, pada hari Khamis malam Jumaat bermula waktu Maghrib. Mohon semua hadir.

Seluruh pimpinan ISBAC mengucapkan tahniah diatas sokongan anda terhadap program-program Persatuan dan mendoakan kejayaan semua di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sekian, wassalam.

Read more...

IBSA UiTM Segamat Dan ISBAC UiTM Dungun

>> Rabu, 24 Mac 2010

Read more...

Hebahan Program

Assalamualaikum

dimaklumkan kepada seluruh ahli dan ajk Isbac, hari khamis ini, 25 mac 2010, seruan kepada anda supaya hadiri program tahlil perdana dan solat hajat ISBAC+PALAPES bagi mendoakan kecemerlangan bersama di dalam peperiksaan nanti.

usaha dan sifat tawakkal adalah amat penting demi memastikan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

pada hari sabtu ini pula,27 mac kepada mereka-mereka yang hadir pada program sembelihan, diminta hadir awal pada jam 8am. insyaallah, program akan menyediakan ruang kepada kita ilmu baru selain entertainmen dalam program tersebut. semoga berjalan dengan lancar, insyaallah.

sekian, wassalam.

Read more...

Sambutan Pelajar IBSA Segamat ke Uitm Dungun

>> Jumaat, 19 Mac 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat seperjuangan Isbac.
adalah dimaklumkan bahawasanya pihak kita akan menerima lawatan daripada IBSA(islamic banking segamat) bagi tujuan lawatan akademik selama 2hari, bermula pagi Sabtu ini, 20 Mac 2010.

dengan itu dipohon kepada ahli Isbac turun menyambut pelajar IBSA seramai 75 orang tersebut pada

jam: 8pagi
tempat :di dewan 1A1.

bagi ajk, kehadiran adalah wajib. anda dijemput hadir semua bagi meraikan perkenalan mahabbah serta lawatan yang dijangka memberikan nilai pulangan yang bermakna buat seluruh ahli Isbac dungun.

tentatif semasa

8.15 Pagi-Berkumpul untuk sarapan pagi

9.00 Pagi-Bergerak ke dewan kuliah untuk acara perasmian

-Ucapan aluan oleh wakil dari ISBA UiTM Terengganu

-Ucapan oleh wakil IBSA dari UiTM Johor

10.30 Petang-Sesi dialog dan diskusi

11.15 Petang-Lawatan di sekitar UiTM Terengganu

12.30 Tengahari-Makan tengahari,Persedian untuk solat zuhur

atucara perlawanan persahabatan ISBAC DUNGUN VS IBSA SEGAMAT

3.30 petang sehingga 6 petang
  • Pertandingan futsal antara kampus
  • Pertandingan bola jaring antara kampus
  • Sukaneka
  • Solat Asar
Minum petang dan makan

harap maklum

mohd azlan bin kahlid

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP