Maklumat Tambahan Tunas Mekar

>> Selasa, 5 Mei 2009

Berikut ialah sedikit maklumat berkenaan Program Tunas Mekar:

Program Tunas Mekar adalah program melahirkan usahawan di kalangan graduan IPTA. Idea cetusan mantan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Hj Ahmad Badawi pada 27 Disember 2003.

Ia adalah gabungan tiga penyertaan: 1. Graduan 2. Pengusaha IKS @ Usahawan 3. Pensyarah (sebagai mentor kpd graduan dan penasihat kpd usahawan).
Graduan2 akan di tempatkan di syarikat2 yang akan di kenalpasti oleh kerajaan negeri Terengganu (bawah JPM melalui ICU) mengikut minat dan kecenderungan graduan. Graduan akan di bayar RM800 sebulan oleh kerajaan selama setahun dan di akhir sessi Tunas Mekar akan di tawarkan pinjaman @ geran untuk membuka perniagaan sendiri (pada graduan yang layak sahaja).
Tarikh mula program dijangka pada Jun 2009.
Pelajar yang telah lama tamat juga boleh ikut serta. Pelajar yang berminat untuk mengikuti program ini sila hubungi Cik Normala, Pegawai Eksekutif HEP, Ext : 1304 atau hubungi saya (syimah81@yahoo.com).

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP