Cari Ilmu & Guru

>> Sabtu, 31 Julai 2010

Saudara dan saudari, dalam proses membina diri dan hati, berusahalah mencari guru yang dipercayai.

Jika bibir seorang guru itu sering dihiasi bahasa kasar, 'kutukan' menjatuh, sindiran menghancur dan menghina lebih basah di lidahnya berbanding nasihat membina dan pendekatan menerang dengan tenang dan menyatu. Berhati-hatilah dirimu dalam mengambil manfaat dari guru yang sebegitu. Bimbang kelak, yang negatif darinya lebih banyak terserap ke dalam diri berbanding yang positif.

Jika sudah menemui guru yang dipercayai, berdoalah agar tidak terlihat aibnya, dan jangan pula sengaja mencari kelemahannya, ambil kebaikannya sebanyak yang mungkin, berdiskusilah dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikan manfaat di dunia dan akhirat.

Imam Malik Bin Anas dan Muhammad Ibn Sirin berkata :-

العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

Ertinya : Ilmu itu agama, maka telitilah dari siapa kamu ambil ilmu agamamu" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Read more...

Makluman Info Keluarga ISBAC

>> Jumaat, 30 Julai 2010

Assalamualaikum wbt,

Makluman pada 2,3 dan 5 Ogos 2010, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan Hari Terbuka MPP. dan pada masa yang sama ISBAC akan turut dipromosikan.

2. Warga ISBAC yang turut menjadi FASILITATOR PROGRAM HALAQAH, ANJURAN CITU UiTMT, program Halaqah ditangguhkan ke tarikh 5 Ogos 2010, hari Khamis, jam 3 petang bertempat di Pusat Hidayah UiTMT...(Mesej-Ustazah Azmariah Agus)

3.Program Kem Survivor Insan, Anjuran Persatuan Baitul Hadhari ditangguhkan ke 5-8 Ogos 2010, bagi Ahli ISBAC yang dijemput menjadi Fasilitator Jemputan, Harap Maklum...

4. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran HEP UiTMT bagi semua Presiden dan Setiausaha Kelab dan Persatuan ditangguhkan ke tarikh 6-7 Ogos 2010. Harap Maklum.

5.Karnival FIESTA UiTMT akan berlangsung pada 26 September(Ahad)-2Oktober 2010(Sabtu) selama 1 minggu, perhatian kepada semua ahli agar mengambil tindakan dan perancangan lanjut. Untuk itu, program KEMBARA TAMADUN: Menjejak Kegemilangan Penakluk Constantinople:AL-FATEH dijalankan pada 27 September 2010, hari Isnin.

Sekian sahaja, Harap Maklum dan Assalamualaikum
30 Julai 2010, Jumaat, 18 Syaa'ban 1431 Hijrah.

Read more...

Dialog Bersama Pengarah- Malam ini

>> Rabu, 28 Julai 2010

Assalamualaikum wbt

Makluman dan jemputan bagi semua ahli Isbac untuk ke Program Dialog Bersama Pengarah bertempat di Stadium Gemilang UiTMT pada jam 8.00 Malam ini, Rabu, 28 Julai 2010...

Sekian.

s/k: Presiden Persatuan dan Kelab Dalaman UiTMT

Read more...

Konsert Malam Tautan Kasih -Bersama UNIC

>> Selasa, 27 Julai 2010


Assalamualaikum wbt


Untuk Warga UiTM sahaja.. Pada 3 Ogos akan diadakan konsert Malam Tautan Kasih -bersama Kumpulan Nasyid Popular UNIC dianjurkan oleh Persatuan EESA. ISBAC turut sama mempromosikan bagi ahli-ahlinya yang berminat dengan tiket berharga RM5 satu. untuk sebarang tempahan sila hubungi Shahir (0179008430) atau Affira (0139406921)...bertempat di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu...

Read more...

Makluman Sesi Penggambaran

>> Ahad, 25 Julai 2010



Assalamualaikum wbt

Makluman kepada ahli-ahli ISBAC,warga kelas especially... bermula tarikh 25-29 Julai ini, pada setiap jam 9am-5pm diadakan sesi penggambaran bagi tujuan gambar beramai-ramai sama ada daripada Persatuan, mahupun kelas masing-masing.


Oleh yang demikian, anda boleh berbuat demikian bertempat di sebelah Library UiTMT. Sekian, Harap Maklum.

Read more...

Solat Masa Untuk Beruzlah

>> Jumaat, 23 Julai 2010

Uzlah bermaksud mengasingkan diri, merupakan sebahagian sunnah Rasulullah SAW. Sepertimana diriwayatkan, bahawanya baginda pernah beruzlah di Gua Hira’, ketika mana wahyu pertama diturunkan kepada baginda.

Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya agar beruzlah, iaitu dengan bersendirian di malam hari dengan melaksanakan solat dan berzikir. Baginda SAW pernah bengkak kaki kerana lamanya berdiri.

Sesungguhnya, bukan sewaktu solat sahaja, namun dalam perkara lain juga kita boleh beruzlah.

Ketika melaksanakan solat, kita mengasingkan diri dari kesibukan dunia termasuk urusan yang bermanfaat. Sewaktu bersolat, kita diminta melupakan terus urusan dipejabat, urusan perniagaan, urusan di kilang, urusan rumah tangga, urusan menyampaikan ilmu Islam, urusan berlajar, dan semua urusan pekerjaan malah melupakan urusan agama sebentar termasuk urusan strategi dakwah sekalipun.

Kita mencari kekuatan serta kualiti solat khusyuk sebegini di hadapan Allah SWT,dan inilah masa khas yang difardhukan untuk kita merasa dekat dengan Khaliq(Pencipta) kita. Dan sehingga nafas terakhir, Nabi SAW masih tetap melafazkan ingatan terhadap umatnya dengan kalimah, “umatku…” dan “solat…”, baginda menyebut berulang-ulang kali.

Rujukan: DR. Yusuf Abbas, Bio-Mekanik Solat

Read more...

Ukhuwah Members Meeting ISBAC (July10-Nov10)

>> Selasa, 13 Julai 2010


Salam warga Isbac Club...
Pada 15/7/2010 (Khamis), Isbac Club akan mengadakan Ukhuwah Members Meeting bg menyambut kedatangan ahli- ahli baru Islamic Banking terutama pelajar semester1... Members Meeting ini diadakan bagi memperkenalkan Isbac Club dan menerangkan semua aktiviti yang akan diadakan serta mengeratkan lagi silaturrahim warga Isbac Club. Diharap semua pelajar Islamic Banking dapat hadir pada majlis tersebut.

Read more...

Semester baru muncul kembali, ahli baru bertambah lagi, ISBAC pasti terkedepan lagi!

>> Ahad, 4 Julai 2010

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan, kali ini bagi sesi Julai 2010, kedatangan semester baru serta sesi kedua bagi penggal kali ini, seluruh kepimpinan ISBAC mengucapkan ahlan wasahlan bagi adik-adik baru yang berjaya memasuki pengajian pengurusan Perbankan Islam. Semoga daya usaha serta perkenalan yang terjalin bakal melahirkan satu ukhuwah yang mantap di kalangan ahli ISBAC untuk melihat objektif penubuhan ISBAC mencapai sasarannya.

Bersandarkan kepada jalinan ukhuwah ini juga, pihak kami mengalu-alukan cadangan serta penambahbaikan daripada semua ahli bagi memajukan ISBAC melalui aktiviti-aktiviti serta program yang dijalankan.

Kesudahan dengan itu juga adalah diharapkan ahli ISBAC berjaya mengharungi pengajian dengan cemerlang dan berjaya mencapai cita-cita selain menjadi Muslim Profesional dalam bidang yang diceburi.

Sekian, mudahan usaha kita semua diberkati oleh Allah SWT.

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP