Solat Masa Untuk Beruzlah
>> Jumaat, 23 Julai 2010
Uzlah bermaksud mengasingkan diri, merupakan sebahagian sunnah Rasulullah SAW. Sepertimana diriwayatkan, bahawanya baginda pernah beruzlah di Gua Hira’, ketika mana wahyu pertama diturunkan kepada baginda.
Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya agar beruzlah, iaitu dengan bersendirian di malam hari dengan melaksanakan solat dan berzikir. Baginda SAW pernah bengkak kaki kerana lamanya berdiri.
Sesungguhnya, bukan sewaktu solat sahaja, namun dalam perkara lain juga kita boleh beruzlah.
Ketika melaksanakan solat, kita mengasingkan diri dari kesibukan dunia termasuk urusan yang bermanfaat. Sewaktu bersolat, kita diminta melupakan terus urusan dipejabat, urusan perniagaan, urusan di kilang, urusan rumah tangga, urusan menyampaikan ilmu Islam, urusan berlajar, dan semua urusan pekerjaan malah melupakan urusan agama sebentar termasuk urusan strategi dakwah sekalipun.
Kita mencari kekuatan serta kualiti solat khusyuk sebegini di hadapan Allah SWT,dan inilah masa khas yang difardhukan untuk kita merasa dekat dengan Khaliq(Pencipta) kita. Dan sehingga nafas terakhir, Nabi SAW masih tetap melafazkan ingatan terhadap umatnya dengan kalimah, “umatku…” dan “solat…”, baginda menyebut berulang-ulang kali.
Rujukan: DR. Yusuf Abbas, Bio-Mekanik Solat
0 comments:
Catat Ulasan