Makluman Program ISBAC

>> Khamis, 26 Ogos 2010

Assalamualaikum wbt,

Makluman Program ISBAC

Pertama
Insyaallah pada Hari Jumaat ini, 27 hb Ogos 2010, 1 Program anjuran ISBAC iaitu SELANGKAH KE MENARA GADING (MEGA) akan diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, SMKAKA Dungun, Terengganu.

Diantara Objektif Perlaksanaan Program MEGA Anjuran ISBAC ini adalah seperti berikut:
1. Menunaikan khidmat bakti kepada pelajar sekolah SMKA Kuala Abang
2. Memberikan motivasi kepada peserta pelajar sekolah agar belajar bersungguh-sungguh
3. Menanamkan jiwa dan berfikiran kreatif kepada palajar sekolah melalui perkongsian bersama Mahasiswa UiTM
4.Menyemai budaya pembelajaran sihat dan mendisiplinkan peserta program untuk menghindari gejala negatif terbit di dalam masyarakat.
5. Mengeratkan komunikasi serta perhubungan secara langsung mahasiswa UiTM bersama pelajar SMKA Kuala Abang Dungun.

Penyertaan Fasilitator terpilih daripada pelbagai semester diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada UiTM khususnya Persatuan ISBAC, untuk terus menerus cemerlang.

Kedua:
Makluman Program "SEHARI DI PUSAT HIDAYAH"

Mewakili Jawatankuasa Gabungan Setiap Persatuan dan Kelab Dalaman UiTM, kami menjemput saudara/i menyertai program yang turut diadakan serentak pada Jumaat ini, 27 hb Ogos 2010. Sehubungan dengan itu atucara yang dilaksanakan pada hari berkenaan adalah:

Qiamullail
Majlis Bersahur
Gotong-Royong Pusat Hidayah UiTMT
Pertandingan Azan & Hafazan Al-Quran
Tadarrus Al-Quran
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Penyampaian hadiah bagi pemenang

Majlis Qiamullail akan diadakan pada jam 03.45 pagi, semua ahli ISBAC sekalian, marilah sama-sama kita turut sertai dan sama-sama mempertingkatkan ibadah bangun malam ini.

Bagi acara pertandingan pula iaitu Azan dan Hafazan adalah terbuka bagi yang berminat dengan 5 Surah pilihan iaitu Yaasin, Al-Waqiah, As-Sajadah,al-Mulk, dan al-Jumuah. Anda boleh hubungi saya., Saudara Mohd Azlan b Kahlid di talian 013-9883435 bagi mendapatkan maklumat lanjut program keseluruhan, tiada sebarang yuran dikenakan termasuk makanan yang turut disediakan bagi juadah sahur dan berbuka.

Sekian sahaja., Salam Tarbiyyah Ramadhan.

Read more...

Notis Makluman

>> Rabu, 18 Ogos 2010

Assalamualaikum,
Tempahan tiket bas balik ke kampung pada musim perayaan boleh dibuat di Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Lokasi yang ditawarkan:
ke Shah Alam-Hentian putra
Johor Bharu
Kota Bharu
Sungai Petani

Kuantan

Tarikh Trip Perjalanan bermula 3-8 September 2010
Tarikh tutup tempahan adalah pada 26 Ogos 2010
Sebarang maklumat mengenai sebut harga boleh rujuk ke Pejabat MPP UiTMT atau Papan Notis Pelajar. Sekian, Harap Maklum.

Read more...

Makluman Semasa

>> Khamis, 12 Ogos 2010


Assalamualaikum wbt


MPP akan mengadakan jualan mega hari raya seperti berikut:


15-28 ogos 2010, jam 10 pagi-6.30 petang bertempat di lokasi Dataran Sura. Bayaran bagi tapak adalah sebanyak RM 5 x 14 hari. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyewa tapak, bolehlah datang ke pejabat MPP untuk membuat sebarang tempahan dan maklumat berkaitan selanjutnya. Saudara/i boleh berhubung dengan Saudara Amir (0139019260) bagi kegiatan ini.


Seluruh kepimpinan Isbac mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan al-Mubarak dan semoga berjaya dalam setiap urusan anda.


Mohd Azlan bin Kahlid, Ydp Isbac

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP