Assalamualaikum wbt,
Makluman Program ISBAC
Pertama
Insyaallah pada Hari Jumaat ini, 27 hb Ogos 2010, 1 Program anjuran ISBAC iaitu SELANGKAH KE MENARA GADING (MEGA) akan diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, SMKAKA Dungun, Terengganu.
Diantara Objektif Perlaksanaan Program MEGA Anjuran ISBAC ini adalah seperti berikut:
1. Menunaikan khidmat bakti kepada pelajar sekolah SMKA Kuala Abang
2. Memberikan motivasi kepada peserta pelajar sekolah agar belajar bersungguh-sungguh
3. Menanamkan jiwa dan berfikiran kreatif kepada palajar sekolah melalui perkongsian bersama Mahasiswa UiTM
4.Menyemai budaya pembelajaran sihat dan mendisiplinkan peserta program untuk menghindari gejala negatif terbit di dalam masyarakat.
5. Mengeratkan komunikasi serta perhubungan secara langsung mahasiswa UiTM bersama pelajar SMKA Kuala Abang Dungun.
Penyertaan Fasilitator terpilih daripada pelbagai semester diharapkan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada UiTM khususnya Persatuan ISBAC, untuk terus menerus cemerlang.
Kedua:
Makluman Program "SEHARI DI PUSAT HIDAYAH"
Mewakili Jawatankuasa Gabungan Setiap Persatuan dan Kelab Dalaman UiTM, kami menjemput saudara/i menyertai program yang turut diadakan serentak pada Jumaat ini, 27 hb Ogos 2010. Sehubungan dengan itu atucara yang dilaksanakan pada hari berkenaan adalah:
Qiamullail
Majlis Bersahur
Gotong-Royong Pusat Hidayah UiTMT
Pertandingan Azan & Hafazan Al-Quran
Tadarrus Al-Quran
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Penyampaian hadiah bagi pemenang
Majlis Qiamullail akan diadakan pada jam 03.45 pagi, semua ahli ISBAC sekalian, marilah sama-sama kita turut sertai dan sama-sama mempertingkatkan ibadah bangun malam ini.
Bagi acara pertandingan pula iaitu Azan dan Hafazan adalah terbuka bagi yang berminat dengan 5 Surah pilihan iaitu Yaasin, Al-Waqiah, As-Sajadah,al-Mulk, dan al-Jumuah. Anda boleh hubungi saya., Saudara Mohd Azlan b Kahlid di talian 013-9883435 bagi mendapatkan maklumat lanjut program keseluruhan, tiada sebarang yuran dikenakan termasuk makanan yang turut disediakan bagi juadah sahur dan berbuka.
Sekian sahaja., Salam Tarbiyyah Ramadhan.
0 comments:
Catat Ulasan