Buat anak-anak didik..

>> Jumaat, 19 Jun 2009

Pantun Perpisahan

Bila sekali usahamu gagal
Teruskan perjuangan untuk kejayaan
Duhai semua…. selamat tinggal
walaupun berat untuk diucapkan


Hati sayu merenung malam
Ditepi pantai seorang diri
Bertemu berpisah lumrah alam
pasti jadi satu memori


Bertemu berpisah adat manusia
hilang dimata dihati jangan
Tangan dihulur ampun dipinta
Terlanjur bicara harap dimaafkan


Puteri isbac angun dan menawan
putera isbac macho dan tampan
telah ditakdirkan berakhirnya pertemuan
redha ku terima itulah suratan


Mulia sungguh budi pekerti
ustazah Shima muslimah sejatii
jauh dimata dekat dihati
E-mel dan sms sebagai ganti

Salam Perpisahan.................................Pn Rozie 09

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP