Perutusan Khas

>> Jumaat, 19 Jun 2009

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, jawatan sebagai KP BBA (F/ISB) saya telah berakhir pada 31 Mei 2009 yang lalu. InsyaAllah, Puan Fathiyah Ismail telah dilantik secara rasmi untuk menggantikan tempat saya sebagai KP baru- BBA (F/ISB) mulai 1 Jun 2009.

Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar Islamic Banking yang telah memberikan komitmen yang baik kepada saya bagi memastikan Program Islamic Banking UiTM Terengganu menjadi antara program yang terbaik disini samada dari sudut disiplin dan akademik. Teruskan dengan segala aktiviti-aktiviti yang bermanafaat dimasa-masa hadapan. Saya doakan agar semua pelajar Islamic Banking berjaya di dunia dan akhirat.

Disini juga saya memohon berbanyak kemaafan kepada semua pelajar seandainya ada tutur bicara atau kata-kata yang menyinggung hati kalian semua ketika saya bertugas menjadi KP anda di UiTM Terengganu ini.

InsyaAllah mulai 21 Jun ini saya akan berkhimat di UiTM Kuala Terengganu. Segala budi baik dan kenangan disini akan saya bawa ke kampus UiTM Kuala Terengganu.



Regards,

Roseziahazni Abdul Ghani
Mantan KP BBA (F/ISB) Terengganu

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP