Sekitar Program Sehari di Pusat Hidayah UiTMT
>> Sabtu, 4 September 2010
Assalamualaikum wbt
Makluman Program ISBAC
>> Khamis, 26 Ogos 2010
Makluman Program ISBAC
2. Memberikan motivasi kepada peserta pelajar sekolah agar belajar bersungguh-sungguh
3. Menanamkan jiwa dan berfikiran kreatif kepada palajar sekolah melalui perkongsian bersama Mahasiswa UiTM
4.Menyemai budaya pembelajaran sihat dan mendisiplinkan peserta program untuk menghindari gejala negatif terbit di dalam masyarakat.
5. Mengeratkan komunikasi serta perhubungan secara langsung mahasiswa UiTM bersama pelajar SMKA Kuala Abang Dungun.
Sekian sahaja., Salam Tarbiyyah Ramadhan.
Read more...
Notis Makluman
>> Rabu, 18 Ogos 2010
Makluman Semasa
>> Khamis, 12 Ogos 2010
Cari Ilmu & Guru
>> Sabtu, 31 Julai 2010
Saudara dan saudari, dalam proses membina diri dan hati, berusahalah mencari guru yang dipercayai.
Jika bibir seorang guru itu sering dihiasi bahasa kasar, 'kutukan' menjatuh, sindiran menghancur dan menghina lebih basah di lidahnya berbanding nasihat membina dan pendekatan menerang dengan tenang dan menyatu. Berhati-hatilah dirimu dalam mengambil manfaat dari guru yang sebegitu. Bimbang kelak, yang negatif darinya lebih banyak terserap ke dalam diri berbanding yang positif.
Jika sudah menemui guru yang dipercayai, berdoalah agar tidak terlihat aibnya, dan jangan pula sengaja mencari kelemahannya, ambil kebaikannya sebanyak yang mungkin, berdiskusilah dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikan manfaat di dunia dan akhirat.
Imam Malik Bin Anas dan Muhammad Ibn Sirin berkata :-
العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
Ertinya : Ilmu itu agama, maka telitilah dari siapa kamu ambil ilmu agamamu" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Makluman Info Keluarga ISBAC
>> Jumaat, 30 Julai 2010
Makluman pada 2,3 dan 5 Ogos 2010, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan mengadakan Hari Terbuka MPP. dan pada masa yang sama ISBAC akan turut dipromosikan.
2. Warga ISBAC yang turut menjadi FASILITATOR PROGRAM HALAQAH, ANJURAN CITU UiTMT, program Halaqah ditangguhkan ke tarikh 5 Ogos 2010, hari Khamis, jam 3 petang bertempat di Pusat Hidayah UiTMT...(Mesej-Ustazah Azmariah Agus)
3.Program Kem Survivor Insan, Anjuran Persatuan Baitul Hadhari ditangguhkan ke 5-8 Ogos 2010, bagi Ahli ISBAC yang dijemput menjadi Fasilitator Jemputan, Harap Maklum...
4. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran HEP UiTMT bagi semua Presiden dan Setiausaha Kelab dan Persatuan ditangguhkan ke tarikh 6-7 Ogos 2010. Harap Maklum.
5.Karnival FIESTA UiTMT akan berlangsung pada 26 September(Ahad)-2Oktober 2010(Sabtu) selama 1 minggu, perhatian kepada semua ahli agar mengambil tindakan dan perancangan lanjut. Untuk itu, program KEMBARA TAMADUN: Menjejak Kegemilangan Penakluk Constantinople:AL-FATEH dijalankan pada 27 September 2010, hari Isnin.
Sekian sahaja, Harap Maklum dan Assalamualaikum
30 Julai 2010, Jumaat, 18 Syaa'ban 1431 Hijrah.
Dialog Bersama Pengarah- Malam ini
>> Rabu, 28 Julai 2010
Assalamualaikum wbt
Makluman dan jemputan bagi semua ahli Isbac untuk ke Program Dialog Bersama Pengarah bertempat di Stadium Gemilang UiTMT pada jam 8.00 Malam ini, Rabu, 28 Julai 2010...
Sekian.
s/k: Presiden Persatuan dan Kelab Dalaman UiTMT
Konsert Malam Tautan Kasih -Bersama UNIC
>> Selasa, 27 Julai 2010
Makluman Sesi Penggambaran
>> Ahad, 25 Julai 2010
Assalamualaikum wbt
Makluman kepada ahli-ahli ISBAC,warga kelas especially... bermula tarikh 25-29 Julai ini, pada setiap jam 9am-5pm diadakan sesi penggambaran bagi tujuan gambar beramai-ramai sama ada daripada Persatuan, mahupun kelas masing-masing.
Oleh yang demikian, anda boleh berbuat demikian bertempat di sebelah Library UiTMT. Sekian, Harap Maklum.
Solat Masa Untuk Beruzlah
>> Jumaat, 23 Julai 2010
Uzlah bermaksud mengasingkan diri, merupakan sebahagian sunnah Rasulullah SAW. Sepertimana diriwayatkan, bahawanya baginda pernah beruzlah di Gua Hira’, ketika mana wahyu pertama diturunkan kepada baginda.
Rasulullah SAW juga menggalakkan umatnya agar beruzlah, iaitu dengan bersendirian di malam hari dengan melaksanakan solat dan berzikir. Baginda SAW pernah bengkak kaki kerana lamanya berdiri.
Sesungguhnya, bukan sewaktu solat sahaja, namun dalam perkara lain juga kita boleh beruzlah.
Ketika melaksanakan solat, kita mengasingkan diri dari kesibukan dunia termasuk urusan yang bermanfaat. Sewaktu bersolat, kita diminta melupakan terus urusan dipejabat, urusan perniagaan, urusan di kilang, urusan rumah tangga, urusan menyampaikan ilmu Islam, urusan berlajar, dan semua urusan pekerjaan malah melupakan urusan agama sebentar termasuk urusan strategi dakwah sekalipun.
Kita mencari kekuatan serta kualiti solat khusyuk sebegini di hadapan Allah SWT,dan inilah masa khas yang difardhukan untuk kita merasa dekat dengan Khaliq(Pencipta) kita. Dan sehingga nafas terakhir, Nabi SAW masih tetap melafazkan ingatan terhadap umatnya dengan kalimah, “umatku…” dan “solat…”, baginda menyebut berulang-ulang kali.
Rujukan: DR. Yusuf Abbas, Bio-Mekanik Solat
Read more...Ukhuwah Members Meeting ISBAC (July10-Nov10)
>> Selasa, 13 Julai 2010
Salam warga Isbac Club...
Pada 15/7/2010 (Khamis), Isbac Club akan mengadakan Ukhuwah Members Meeting bg menyambut kedatangan ahli- ahli baru Islamic Banking terutama pelajar semester1... Members Meeting ini diadakan bagi memperkenalkan Isbac Club dan menerangkan semua aktiviti yang akan diadakan serta mengeratkan lagi silaturrahim warga Isbac Club. Diharap semua pelajar Islamic Banking dapat hadir pada majlis tersebut.
Semester baru muncul kembali, ahli baru bertambah lagi, ISBAC pasti terkedepan lagi!
>> Ahad, 4 Julai 2010
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan, kali ini bagi sesi Julai 2010, kedatangan semester baru serta sesi kedua bagi penggal kali ini, seluruh kepimpinan ISBAC mengucapkan ahlan wasahlan bagi adik-adik baru yang berjaya memasuki pengajian pengurusan Perbankan Islam. Semoga daya usaha serta perkenalan yang terjalin bakal melahirkan satu ukhuwah yang mantap di kalangan ahli ISBAC untuk melihat objektif penubuhan ISBAC mencapai sasarannya.
Bersandarkan kepada jalinan ukhuwah ini juga, pihak kami mengalu-alukan cadangan serta penambahbaikan daripada semua ahli bagi memajukan ISBAC melalui aktiviti-aktiviti serta program yang dijalankan.
Kesudahan dengan itu juga adalah diharapkan ahli ISBAC berjaya mengharungi pengajian dengan cemerlang dan berjaya mencapai cita-cita selain menjadi Muslim Profesional dalam bidang yang diceburi.
Sekian, mudahan usaha kita semua diberkati oleh Allah SWT.
Read more...Program Isbac semester hadapan sesi julai-Disember 2010
>> Ahad, 30 Mei 2010
Assalamualaikum WBT
Adalah dimaklumkan semua pelajar ISBAC, program-program semester hadapan akan dianjurkan adalah seperti berikut oleh kelas/semester terlibat:
Bulan Julai 2010
-Ukhuwah Members Meeting, minggu kedua (antara 4-10 Julai 2010)
-Program Motivasi Sekolah- SMKA Kuala Abang Dungun, Penganjur: Pelajar Semester 2, dilangsungkan pada awal/pertengahan Julai
-Hari Keluarga Fakulti Pengurusan Perniagaan, Penganjur Part 5, pertengahan/Akhir Julai
Bulan Ogos 2010
-Lawatan Ke Kampus Oleh Pelajar Sekolah,Penganjur: Part 3 (AJK: Muhammad Asyraf)
-Kembara Tamadun: Menjejak Kegemilangan Penakluk Constantinople: Al-Fateh, Penganjur: Part 5 (AJK INDUK SEMASA PROGRAM KARNIVAL)
Bulan September
-Sambutan Dinner/ perayaan, penganjur part 4 (Ahmad Sayufi), tarikh (dijangka pada 25 september)
Sikap Penentu Kejayaan
>> Selasa, 4 Mei 2010
Lebih kurang 30 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini. Tetapi pada 30 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan. Lebih-lebih lagi anak melayu ini hanya anak orang kampung dan tinggal di luar bandar. Prof. Diraja Ungku Aziz pernah membawa anak ini balik ke tempatnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Filem Dato’ Jins Shamsudin pula menjadikannya pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini. Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah muda.
Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.
Apa kaitannya antara dua cerita yang dinyatakan di sini? Kaitannya ialah inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 30 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari dikatakan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Silapnya ialah kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap pula tidak menguntungkan diri serta masa depannya.
Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang dalam SPM. Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha, tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa depan.
Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir mengubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti:
• Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
• Pengaruh media - TV, radio, internet
• Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
• Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
• Peristiwa silam - besar atau kecil
• Pengalaman
Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar maka sikap sabar ini mempengaruhi anak. Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Sebaliknya, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam dalam pembentukan sikapnya.
Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan.
Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar ini, tanpa sekatan sama ada positif atau negatif. Apabila mesej yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini berlaku diluar kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.
Bolehkah sikap diubah? Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta. Satu peristiwa mengubah segalanya.
Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.
Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Ingat, Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri"
Jemputan Ke Majlis Tahlil Perdana & Solat Hajat
>> Selasa, 6 April 2010
Assalamualaikum wbt,
Sukacitanya pihak kami menjemput Tuan/Puan ke Majlis Tahlil & Solat Hajat Perdana anjuran Persatuan Perbankan Islam (ISBAC) & PALAPES (ROTU) pada malam tersebut di Masjid UiTM(Pusat Hidayah). Semoga dengan kehadiran tuan/puan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Tarikh: 8 April 2010
Hari : Khamis
Jam: 7.20 malam- 09.00 malam
Tempat: Masjid Uitm Dungun
Juadah turut disediakan
Kata-kata Hikmah
“Ketaqwaan kepada Allah sahajalah yang boleh membantu kita untuk terus bermuhasabah diri. Melalui amalan bermuhasabah ini, setiap kita akan dapat mengenali keaiban dirinya, kemudian merasa betapa dhaif, lemah dan perlunya dia kepada Tuhannya.”
Edaran Dalaman Sahaja
Gejala Sosial dan Pengaruhnya Kepada Mahasiswa
>> Jumaat, 2 April 2010
Dewasa kini kita dihidangkan dengan pelbagai pengaruh dan budaya yang mengundang generasi anak muda hari ini kearah suatu ikutan yang tidak baik. Mengambil alkohol, dadah, pil-pil terlarang, seks bebas,menyimpan gambar pornografi, pemakaian yang mencolok mata serta fesyen yang merosakkan akhlak, menjadi tabiat yang meletakkan masa depan yang sukar diramalkan. Tidak terkecuali, kita dikejutkan bagaimana mahasiswa atau golongan intelek kebanyakan IPT juga menerima kesan pengaruh yang sama sebagaimana golongan remaja diluar sana.Bahkan di dada-dada akhbar saban hari memaparkan tidak kurang jenayah serta penglibatan kelompok golongan ini terhadap penyakit sosial yang mula membarah di dalam masyarakat.
Kelab Perbankan Islam UiTM Dungun memandang perkara ini sebagai serius dan wajar diberikan perhatian oleh pelbagai pihak seterusnya membina alternatif mungkin bagi mengembalikan generasi masa depan yang mampu memimpin agama dan bangsa Malaysia.
Kita sedar perkara ini bukan sahaja perlu dibanteras malah setiap individu perlu turun padang mengajak mereka kearah penglibatan aktiviti bermasyarakat yang boleh membina sahsiah yang baik. Bahkan itulah suatu cabaran pendekatan yang perlu diperhalusi,bukan mudah menarik minat mereka kearah ini kerana budaya hedonisme dan perkara melalaikan, lebih mereka dekati berbanding menghidupkan peranan kelab dan Persatuan.
Elakkan diri daripada perasaan ingin mencuba suatu perkara yang menyalahi peraturan dan apa yang terkandung dalam perintah larangan agama, kerana satu ketika langkah yang pertama tersebutlah yang akan meneruskan langkah berikutnya. Pilihlah sahabat serta rakan yang baik dan elakkan diri daripada terlibat dalam perkara negatif, budaya menasihati rakan-rakan sangatlah dituntut agar kita sama-sama berada pada landasan yang sepatutnya.
Oleh yang sedemikian, seluruh pemimpin persatuan dan kelab digesa mengubah pendekatan serta mencipta program yang bukan sekadar bersifat mega, tetapi apa yang penting bagaimana pengisian program tersebut mampu membina insan yang bakal mencorak agenda Negara kelak.
Mohd Azlan bin Kahlid, 3April 2010
Presiden ISBAC UiTMT
BBA (HONS) Ijazah Perbankan Islam
UiTM Dungun Terengganu.
Read more...Makluman Semua Ahli ISBAC
>> Rabu, 31 Mac 2010
Hebahan Program
Assalamualaikum
dimaklumkan kepada seluruh ahli dan ajk Isbac, hari khamis ini, 25 mac 2010, seruan kepada anda supaya hadiri program tahlil perdana dan solat hajat ISBAC+PALAPES bagi mendoakan kecemerlangan bersama di dalam peperiksaan nanti.
usaha dan sifat tawakkal adalah amat penting demi memastikan keberkatan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
pada hari sabtu ini pula,27 mac kepada mereka-mereka yang hadir pada program sembelihan, diminta hadir awal pada jam 8am. insyaallah, program akan menyediakan ruang kepada kita ilmu baru selain entertainmen dalam program tersebut. semoga berjalan dengan lancar, insyaallah.
sekian, wassalam.
Sambutan Pelajar IBSA Segamat ke Uitm Dungun
>> Jumaat, 19 Mac 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat seperjuangan Isbac.
adalah dimaklumkan bahawasanya pihak kita akan menerima lawatan daripada IBSA(islamic banking segamat) bagi tujuan lawatan akademik selama 2hari, bermula pagi Sabtu ini, 20 Mac 2010.
dengan itu dipohon kepada ahli Isbac turun menyambut pelajar IBSA seramai 75 orang tersebut pada
jam: 8pagi
tempat :di dewan 1A1.
bagi ajk, kehadiran adalah wajib. anda dijemput hadir semua bagi meraikan perkenalan mahabbah serta lawatan yang dijangka memberikan nilai pulangan yang bermakna buat seluruh ahli Isbac dungun.
tentatif semasa
8.15 Pagi-Berkumpul untuk sarapan pagi
9.00 Pagi-Bergerak ke dewan kuliah untuk acara perasmian
-Ucapan aluan oleh wakil dari ISBA UiTM Terengganu
-Ucapan oleh wakil IBSA dari UiTM Johor
10.30 Petang-Sesi dialog dan diskusi
11.15 Petang-Lawatan di sekitar UiTM Terengganu
12.30 Tengahari-Makan tengahari,Persedian untuk solat zuhur
atucara perlawanan persahabatan ISBAC DUNGUN VS IBSA SEGAMAT
- Pertandingan futsal antara kampus
- Pertandingan bola jaring antara kampus
- Sukaneka
- Solat Asar
harap maklum
Read more...