Kadar faedah dijangka naik

>> Sabtu, 30 Januari 2010

Langkah Bank Negara sokong pertumbuhan, beri pulangan menarik untuk penyimpan BANK Negara Malaysia membayangkan akan menaikkan kadar faedah ke paras yang sesuai, iaitu yang akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi, pada masa sama memberikan pulangan berdaya saing kepada penyimpan. "Bila kita menurunkan kadar faedah (ketika krisis kewangan global), ia adalah langkah kecemasan untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi negara.

"Susulan itu kadar faedah diturunkan ke paras paling rendah dalam sejarah. Namun berdasarkan keadaan semasa, kami meninjau langkah menyelaraskannya semula ke tahap normal, tetapi ia bukan bermakna Bank Negara mengetatkan dasar kewangan negara," kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau menegaskan, dasar kewangan negara akan terus dipastikan menyokong pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam persekitaran inflasi yang sederhana. Zeti turut menafikan langkah yang bakal diambil oleh bank pusat itu berikutan sudah wujudnya risiko berlakunya 'gelembung aset' atau kenaikan yang keterlaluan harga hartanah dan harga saham di negara ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ia lebih menjurus kepada usaha mengelakkan risiko berlakunya keadaan yang mana orang ramai mengeluarkan dana daripada instrumen tabungan lebih selamat kepada yang berisiko besar bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi. "Jika kadar faedah terlalu rendah dan (kekal) terlalu lama, ia boleh menyebabkan orang ramai memindahkan simpanan daripada sistem kewangan formal untuk menambah pulangan, sekali gus mendedahkan mereka dengan risiko yang lebih tinggi dan ini akan menimbulkan masalah kelak. "Justeru kita perlu meninjau langkah awal mengelakkan masalah itu berlaku, kerana jika ia berlaku, satu langkah drastik terpaksa diambil," katanya selepas menghadiri ceramah awam oleh Pemegang Pertama Kerusi Kewangan Islam INCEIF, Dr Abbas Mirakhor di Kuala Lumpur, semalam. Ketika kemuncak krisis kewangan global, Bank Negara menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 1.5 peratus antara November 2008 dan Februari tahun lalu, iaitu daripada 3.5 peratus kepada dua peratus dan kadar itu kekal sehingga kini.
OPR adalah penanda aras yang digunakan bank tempatan bagi menentukan kadar pinjaman asas (BLR) masing-masing. Sementara itu, ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara mungkin memutuskan untuk menaikkan OPR seawal 4 Mac ini, iaitu pada menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari keduanya bagi tahun ini. Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd, Suhaimi Illias, berkata pihaknya menjangkakan bank pusat akan menaikkan OPR antara 0.5 hingga 0.75 peratus kepada antara 2.5 hingga 2.75 peratus bagi seluruh tahun ini. Berikutan itu katanya, BLR dianggarkan meningkat antara 0.4 hingga 0.6 peratus daripada kadar purata sekitar 5.53 peratus sekarang.

Read more...

Makluman Penting

>> Jumaat, 29 Januari 2010


Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera buat ahli keluarga Isbac,

Pertama

untuk makluman, InsyaAllah dirancangkan Program Lawatan Ke Rumah Ehsan (Warga Emas) di Durian Mas akan dijalankan pada 27 Febuari 2010, hari Sabtu sehari selepas Maulidurrasul.. Oleh yang sedemikian, saudara saudari yang berminat bolehlah menghubungi Saudara/Akhi Ahmad Shayufi bin Ratiman (Pengarah Projek) untuk mengesahkan diri anda menyertainya. Join dan daftar sekarang, penyertaan adalah terhad.

hubungi Ahmad Shayufi bin Ratiman 014-5005378

makluman kedua

saya mengharapkan semua wakil kelas daripada AJK ISBAC menghantar gambar satu kelas mengikut semester anda supaya dapat dipostkan ke blog ini untuk kita kenal ahli keluarga besar Isbac... sila postkan dahulu ke email deano_lan@yahoo.com.my untuk saya kumpulkan dan serahkan kepada Exco Multimedia, Hafiz(Mat Leh) dan Nur fateen Shah. Diharapkan dapat memberikan kerjasama yang baik. Gambar ahli kelas bersama pensyarah anda amatlah digalakkan. AJK berkenaan adalah:

part 1 dan 2: saudara Asyraf
part 3 : saudari nur athirah
part 4 : mohd Riduan (kelas A), ikhwan (kelas B)
part 5 : Alizawati(tutee)

Ketiga

sebarang aktiviti anjuran kelas bolehla dimaklumkan pada mana mana jawatankuasa induk Isbac,InsyaAllah pihak kami akan postkan halaman contact untuk anda hubungi bertujuan untuk memasukkan post laporan kegiatan kelarga Isbac yang anda hantar.

sekian.

Read more...

CARTA ORGANISASI ISBAC 2010

>> Isnin, 25 Januari 2010


Penasihat : Puan Noor Hasyimah bt Sulaiman

Majlis Tertinggi

Presiden : Mohd Azlan bin Kahlid
Naib Presiden : Norasma binti Hassan
Setiausaha 1 : Ahmad Shayufi bin Ratiman
Setiausaha 2 : Nurul Azwani bt Mohd Razali
Bendahari1 : Mohd Ikhwan bin Mustapha
Bendahari2 : Nurhayani bt Zul Badrisham

Exco-exco

Exco Kerohanian dan Kebajikan1 : Mohd Hazwan bin Kamaruddin
Exco Kerohanian dan Kebajikan2 : Siti Rohaya bt Mad Zin

Exco Perhubungan Korporat 1 : Muhamad Asyraf Che Mustapa
Exco Perhubungan Korporat 2 : Wan Nur Irawani Bt Wan Omar
Exco Perhubungan Korporat 3 : Hasliza bt Amri

Exco Akademik dan Keusahawanan 1 : Nurul Alizawati Zainal Abidin
Exco Akademik dan Keusahawanan 2 : Siti Nurathirah Alias
Exco Akademik dan Keusahawanan 3 : Wan Mohd Syafiq Bin Wan Mohamed Sabri

Exco Sukan dan Kebudayaan 1 : Mohd Riduan Che Malias
Exco Sukan dan Kebudayaan 2 : Siti Azmalini bt Sidi Ahmad
Exco Sukan dan Kebudayaan 3 : Najmi Zahabi bin Ahmad

Exco Tugas-Tugas Khas 1 : Adam Fahmi bin Abdullah
Exco Tugas-Tugas Khas 2 : Nor Baidura bt Rifa’i
Exco Tugas-Tugas Khas 3 : Muhammad Hasyidan Bin Hashim

Exco Publisiti dan Multimedia 1 : Nurfateen Shah Bt Mamat Razali
Exco Publisiti dan Multimedia 2 :Mohd Hafiz bin Jamil
Exco Publisiti dan Multimedia 3 :Siti Norliza bt Said

Read more...

Members Meeting ISBAC

>> Ahad, 24 Januari 2010

"Merapatkan Ukhuwah Keluarga ISBAC"

Hari : Khamis

Tarikh: 28 Januari 2010

Masa : 2.30 p.m - 5.00 p.m

Tempat Program: Auditorium Cemara

Nama program : "Members Meeting Persatuan ISBAC"

Anjuran : Islamic Banking (ISBAC)

Perhatian kepada semua pelajar semester 2,

anda diwajibkan hadir ke majlis tersebut....

Read more...

Motivasi: Tidurlah! Dan Saudara akan menjadi Cemerlang

>> Sabtu, 9 Januari 2010

“Tidur yang sedikit pada waktu tengah hari tidak keji. Rasulullah ada melakukannya.” Misykatul Masabih.
Adakah Saudara Sudah Cukup Tidur?Tidur adalah rehat yang paling penting. Ia adalah suatu fenomena yang diciptakan oleh Tuhan supaya badan dapat ‘dicas’ semula dengan tenaga. Badan umpama telefon bimbit, semakin saudara kerap menggunakannya, semakin cepat ia perlu dicas. Apabila bateri sudah kehabisan tenaga, sudah pasti saudara tidak dapat lagi menggunakannya.
Saudara pun seumpama telefon bimbit. Siang hari adalah waktu untuk ‘digunakan’, manakala malam pula adalah waktu untuk memulihkan tenaga.. al-Quran ada menyebut di dalam surah an-Naba’ ayat 10 hingga 11, “Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (untuk berlindung dan berehat). Dan juga Kami jadikan siang sebagai kehidupan (untuk bekerja dan berusaha)
Kenapa Mesti Tidur?
Dalam Tinker Ready keluaran 2000 ada memaparkan sebuah artikel, Naps: The Art of Snoozing, yang mana artikel ini memberitahu kekurangan tidur menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran karbohidrat di dalam badan dan mewujudkan keadaan yang seakan-akan penyakit kencing manis. Jika ini berlaku, badan saudara berasa lemah dan tidak bermaya. Sanggupkahh saudara membiarkan diri saudara menjadi sebegini hanya semata-mata ‘takut’ untuk tidur? Oleh itu, jangan biarkan diri saudara dibelenggu dengan penyakit susah tidur, kerana ia tidak dapat memberikan apa-apa faedah kepada saudara. Belajarlah untuk tidur dengan baik, kerana ia adalah kemahiran yang penting bagi menjadikan saudara lebih bertenaga!
Qailulah Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW
Ada satu petua yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah riwayat di dalam kitab Misykatul Masabih bermaksud,
“Tidur yang sedikit di waktu tengah hari tidaklah keji. Rasulullah saw ada melakukannya”
Satu kajian saintifik menunjukkan tidur sekejap pada waktu siang amat berkesan meningkatkan tenaga, tumpuan dan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti manusia. Dalam satu artikel, Napping News: Scientific Proof Comfirms: Napping Enhances Worker Productivity menyatakan, satu kajian selama 25 tahun dibuat berkenaan kesan tidur ke atas Negara-negara industry dan pasca-industri. Statistic menunjukkan 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur pada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat.
Seorang pakar tidur dari Cornell University, Dr James Maas menyatakan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Manakala Donald Greeley, yang juga mengkaji tabiat tidur menyatakan,, tidur tengah hari adalah bermanfaat jika tidak melebihi satu jam. Tips ini dinyatakan dalam satu tulisan Gail Benchener dalam artikelnya yang bertajuk Parents and Sleep Deprivation.
dipetik daripada buku 55 Petua Orang Berjaya, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

Read more...

Bank Rakyat rancang buka 9 cawangan 2010

>> Sabtu, 2 Januari 2010

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) merancang membuka sembilan cawangan di seluruh negara pada tahun depan.

Pengurus Besar Perbankan Komersialnya, Yusof Abdul Rahman berkata, pembukaan cawangan baru itu membabitkan pelaburan kira-kira RM22.5 juta.

“Dua daripada sembilan cawangan itu di Shah Alam dan Tanjung Karang akan dibuka dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pembukaan Bank Rakyat Cawangan Kepala Batas, semalam.

Yusof berkata, cawangan Kepala Batas itu adalah ketujuh di Pulau Pinang.

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 122 cawangan di seluruh negara.

Mengenai perancangan tahun hadapan, beliau berkata, Bank Rakyat akan terus memberi keutamaan kepada sektor pembiayaan peribadi.

“Bank Rakyat memberikan pembiayaan peribadi RM16 bilion pada 2009,” katanya.

Pada majlis itu, Bank Rakyat turut menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM4,500 kepada tiga penerima iaitu Rohayah Jaaffar kerana cacat pendengaran, Azlan Othman kerana mengidap penyakit hepatitis C dan seorang lagi ibu tunggal Suhaida Baharudin.

Read more...

Motivasi: Mengurus Masa Belajar

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar anda mestilah:

1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.

3. Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.

4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai.

5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first".

7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai “to do” anda.

8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.

9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.

10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses “RECALL”. Iaitu proses memanggil semula maklumat.

11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.

12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

TAHUKAH ANDA?

Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun,
anda menghabiskan 30 tahun dari usia anda hanya untuk tidur

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP