Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) merancang membuka sembilan cawangan di seluruh negara pada tahun depan.
Pengurus Besar Perbankan Komersialnya, Yusof Abdul Rahman berkata, pembukaan cawangan baru itu membabitkan pelaburan kira-kira RM22.5 juta.
“Dua daripada sembilan cawangan itu di Shah Alam dan Tanjung Karang akan dibuka dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pembukaan Bank Rakyat Cawangan Kepala Batas, semalam.
Yusof berkata, cawangan Kepala Batas itu adalah ketujuh di Pulau Pinang.
Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 122 cawangan di seluruh negara.
Mengenai perancangan tahun hadapan, beliau berkata, Bank Rakyat akan terus memberi keutamaan kepada sektor pembiayaan peribadi.
“Bank Rakyat memberikan pembiayaan peribadi RM16 bilion pada 2009,” katanya.
Pada majlis itu, Bank Rakyat turut menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM4,500 kepada tiga penerima iaitu Rohayah Jaaffar kerana cacat pendengaran, Azlan Othman kerana mengidap penyakit hepatitis C dan seorang lagi ibu tunggal Suhaida Baharudin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
salam...testing untuk catatan ulasan
Catat Ulasan