ExpLORace IsBAc

>> Selasa, 31 Mac 2009







































































ni sebahagian gambo2 program explorace yang diadakan 28 mac lalu.. tp den xdpt nak bg huraian byk sbb den just tlg tgk.. tapi papepun tahniah & ucapan trima kasih kpd semua yang hadir menjyakan program ni..buat mreka yang xdpt hadir maka tergolonglah dalam golongan yang rugi..hehe.. Tahniah la buat ssemua tmasuk penganjurnya... ustazah yang sanggup berpanas membantu walaupun masih selsema... jasamu duikenang..akhir kalam majulah sukan untuk isbac..hehe

Read more...

attention to NR

>> Ahad, 29 Mac 2009

Anda mempunyai masalah bergelar sebagai NR?

Sila kemukakan permasalahan anda dalam komen di sini, agar ketidakpuasan hati anda dapat diutarakan kepada pihak yang berkenaan.

Read more...

Intersesi!

>> Sabtu, 28 Mac 2009

Assalamualaikum semua,
Kepada semua pelajar ISB yang masih berminat untuk menjalani intersesi - harap dapat membuat pendaftaran secepat mungkin!
Tarikh tutup pendaftaran dipercepatkan kepada
20 APRIL 2009 dan bukannya 11 MEI 2009.
Regards,

Roseziahazni Abdul Ghani
Koordinator Program BBA (F/ISB)
EXT: 1802
H/P: 019-9100341

Read more...

sahutan Segamat

>> Jumaat, 27 Mac 2009































baru2 ni ISBAC uitm dungun telah menerima kunjungan daripada kekawan dari uitm segamat.. bdak part 4 ISB sana.. dia orang under subjek pilosopi.. 31 orang student & 3 pegawai pengiring tmasuk TP HEP dia orang..dia arang sampi sebelah mlm 21mac..dalam kul 9.30 mlm. malam 2 sempat la buat majlis skit.. berkenalan katakan n di tayang juga video koprat uitm dungun. habis dlm kul 11 lebih..ada mkn2 skit. n bw dia orang ke gemia n redang..menginap n menikmati kenyamanan waktu pagi..

sebelah pg nya kami kumpul jam 10pg. agak rasmi skit..formal..ramai gak student part 4 hadir, penuh dewan..bermula dgn tayangan video koprat uitm johor n ucapan2 tetamu.. lepas 2 buat sesi dialog.. hasil perkongsian semua, banyak jugak input yang dapat. nanati kat bawah akan diselitkan.. pas tu ada mkn2 skit...n then kami ambik gambar ramai2.. then habis la program nyer..

papepun pihak urusetia mungucapkan ribuan terima kasih kpd semua terutamanya rombongan dari johor, pihak TP HEA yang meluluskan budget program sambutan, pn Rosei, ustazah hasyimah yang banayk membantu terutamanya untuk memhon kelulusan progaram, Pn Hazlina, ustaz engku n kekawan semua.. semoga mendapat keredaanNya..

suka diperingatkan:
* BBA(H) Islamic Banking perlu menjadi contoh kepada mahasiswa/i yang lain dari semua aspek. pergaulan, pemakain, hubungan baik dgn pensyarah, pengurusan program dan banayk lagi.
* mahasiswa/i IB perlu ada kelainan yang lebih baik cam dinyatakan diatas.
* IB perlu menjadio pemankin@ penggerak dalam mengembalikan keceriaan dan keberkatan ilmu dan nilai ilmu2 itu sendiri terutamanya ilmu agama..

Read more...

Info Semasa dari Penasihat ISBAC (Penyata Kelayakan)

>> Khamis, 26 Mac 2009

Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kepada semua pelajar ISBAC diingatkan untuk mencetak sendiri penyata kelayakan menduduki peperiksaan akhir April 2009 dengan melayari melayari gerbang maklumat pelajar UiTM (i-student portal).
Wassalam.

Penasihat ISBAC

Read more...

keRATan akHBar

>> Selasa, 24 Mac 2009

Read more...

Rizab Antarabangsa BNM pada 13 Mac 2009

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM314 bilion (bersamaan USD90.6 bilion) pada 13 Mac 2009. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan ialah 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 13 Mac 2009

Bank Negara Malaysia
20 Mac 2009

Read more...

Salam Kecemerlangan



Dari Tinta Penasihat


Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh…
Syukur segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat Baginda serta muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Pertamanya tahniah kepada semua pelajar ISBAC yang telah bertungkus lumus menjayakan dan mengaktifkan ISBAC walaupun sibuk dengan aktiviti pembelajaran. Walaubagaimanapun kesibukan belajar bermakna kita lupa dengan aktiviti-aktiviti berpesatuan yang dapat membentuk personality diri dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya perlu seimbang agar anda semua menjadi graduan yang berkualiti yang bukan sahaja bijak menulis di atas kertas tetapi juga mempunyai sifat kepimpinan, bijak komunikasi, mampu bekerjasama, menguruskan keadaan, membuat keputusan dan sebagainya. Semua “soft skill” ini amat penting sejajar dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi memastikan anda semua mampu bersaing apabila telah menjadi graduan nanti.
Saya juga mengucapkan syabas kepada semua anak-anak didik warga ISBAC yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya menjadi penasihat kelab ini. Semoga segala nasihat yang saya berikan akan dijadikan panduan untuk menjadi pemimpin dan juga ahli ISBAC yang aktif. Saya akan berasa bangga jika pada masa hadapan anda semua akan berjaya menjadi pemimpin Negara yang berilmu, beriman dan bertakwa berkat daripada ilmu yang dipelajari sepanjang menjadi anggota ISBAC. Akhir kalam selamat berbakti dengan penuh keihlasan, moga-moga dengannya keredhoan Allah s.w.t sentiasa memayungi anda semua. Jumpa lagi di masa-masa akan datang.

Paras puteri cantik rupawan
Sopan santun pekerti terbilang
Libatkanlah diri dalam aktiviti berpersatuan
Moga terbentuk personaliti yang cemerlang

Dengki dan sengket tidak biasa
Kerna puteri pekerti budiman
Latihlah diri membahagi masa
Agar seimbang pelajaran dan persatuan

Tersenyum puteri sepanjang masa
Tidak sekali berasa gundah
Tekadkan niat ikhlas berjasa
Semoga hidup di berkati Allah

Syukran jazilan, wassalam.

Noor Hasyimah Sulaiman
Penasihat ISBAC
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Terengganu

Read more...

pengenalan kepada sistem ekonomi

eDARI TINTA PENASIHAT

PENGENALAN KEPADA SISTEM EKONOMI

Sistem ekonomi yang akan adil dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni tanpa ada penindasan. Matlamat – matlamat dan prinsip – prinsip yang terkandung dalam sistem ekonomi akan dapat membentuk satu rangka kerja ekonomi sesebuah negara. Di samping itu, sistem ekonomi yang dinamik adalah sistem yang dapat menyelesaikan dan menangani masalah – masalah ekonomi dengan efektif. Berikut adalah kupasan tentang apakah yang dimaksudkan dengan sistem ekonomi, komponen – komponen yang membentuk sistem ekonomi dan ciri – ciri yang membezakan sesebuah sistem ekonomi dengan sistem ekonomi yang lain.

( a ) Maksud Sistem Ekonomi :

Sistem boleh ditakrifkan sebagai satu set prinsip yang merupakan rangka kerja organisasi kegiatan ekonomi ( Kahf 1989 : 72 )
[1]. Prinsip yang diguna pakai dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi inilah yang dikenali sebagai sistem. Manakala ekonomi pula adalah satu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan faktor – faktor pengeluaran yang terhad ini untuk memaksimumkan kehendak – kehendak atau kepuasan mereka. Kajian ini dijalankan secara saintifik[2]. Daripada kedua takrifan ini dapatlah disimpulkan bahawa sistem ekonomi adalah satu set prinsip yang yang mengandungi rangka kerja organisasi bagi setiap aktiviti ekonomi. Set prinsip ini, diasaskan oleh falsafah yang berkait rapat tentang aktiviti ekonomi. [3]

( b ) Komponen – Komponen Yang Membentuk Satu Sistem Ekonomi :

Sesuatu sistem ekonomi dibentuk oleh komponen – komponen yang tertentu. Khaf menegaskan bahawa terdapat tiga bahagian penting dalam satu – satu sistem ekonomi, iaitu falsafah, prinsip dan kendalian
[4].

Komponen yang pertama adalah falsafah ekonomi, ia dilengkapi dengan asas penting sesebuah sistem ekonomi iaitu : dibahagikan kepada pengeluaran, pengagihan, penggunaan, pembentukan teori prinsip-prinsip serta kaedah bagaimana ia berfungsi.
[5] Falsafah ekonomi ini terbina di atas doktrin yang berkaitan dengan kehidupan dan pegangan agama iaitu hubungan manusia dengan tuhannya. Sebagai contoh di dalam sistem ekonomi Kapitalis, falsafah ekonomi didasari oleh konsep “laissez faire” ( secara umumnya orang perseorangan boleh melakukan apa sahaja yang ia suka ) dan “invisible hand”.[6] Kesannya manusia tidak mempunyai landasan peraturan sebelum bertindak. Mereka bebas keluar masuk dalam pasaran dan mengaut keuntungan tanpa perlu berfikir tentang kebajikan masyarakat. Falsafah ekonomi Islam pula ditegakkan berdasarkan pegangan ajaran agama terhadap kehidupan, manusia dan Allah ( Khaf 1989:72)[7]. Antaranya adalah seperti tauhid, rububiyyah, khilafah, tazkiyyah dan sebagainya. Oleh itu, kelakuan Islamic Man dalam aktiviti ekonomi seharian mestilah berpaksikan falsafah – falsafah yang telah digariskan ini.

Komponen sistem ekonomi yang seterusnya adalah prinsip dan peraturan yang mengandungi aspek sosial, perundangan dan rangkakerja tindakan sistem itu.
[8] Ini termasuklah organisasi pemilikan, iaitu adakah pengeluaran dimiliki oleh pengusaha, orang awam ataupun negara. Komponen ini juga mengandungi norma – norma yang mengawal perilaku “economic man” dalam kegiatan ekonominya. Contohnya dalam sistem ekonomi Kapitalis konsep “laissez faire”, prinsip kebebasan individu menjadi pegangan utama. Individu bebas melakukan apa sahaja asalkan memperolehi keuntungan peribadi yang tinggi. Dengan ini wujudlah individu yang bersikap individualism dan utilitarianism.

Manakala komponen yang terakhir adalah kendalian. Alat kendalian bagi sesuatu sistem ekonomi adalah bergantung kepada rangka kerja sistem tersebut sebagaimana yang dibentuk oleh prinsip – prinsipnya. Bagi setiap sistem terdapat peraturan yang akan mengawal segala aktiviti ekonomi. Untuk mengendalikan prinsip ekonomi Islam, kaedah dan alat yang berkesan diperlukan. Choudhury (1986:14-17), membentangkan empat alat dasar kendalian bagi menukar prinsip ekonomi Islam menjadi amalan, iaitu zakat, mudarabah (qirad), penghapusan riba dan penghapusan pembaziran
[9].


( c ) Ciri – Ciri Yang Membezakan Sesebuah Sistem Ekonomi Dengan Sistem Ekonomi Yang Lain :

Ekonomi merupakan satu aspek yang amat penting di dalam aktiviti kehidupan manusia seharian. Daripadanya lahirlah masalah – masalah asas ekonomi.
[10] Sejak kurun ke – 18 lagi beberapa rangka organisasi sosial yang komperatif telah diaplikasikan dalam sistem ekonomi sesebuah negara. Ia merangkumi sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan komunis. Akan tetapi sistem ekonomi Islam yang lahir semenjak turunnya Al – Quran merupakan satu sistem yang unggul dan efektif bagi menangani segala permasalahan yang timbul. Keempat – empat sistem ekonomi ini mempunyai pendekatan yang berbeza bagi menyelesaikan masalah – masalah asas ekonomi .

Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara keempat – empat sistem ekonomi ini. Perbezaan utama yang dapat dilihat adalah dari sudut matlamat – matlamat, tujuan – tujuan dan prinsip - prinsip. Tujuan – tujuan dan prinsip – prinsip tersebut dikuasai oleh tiga gagasan : pemilikan, persaingan dan rasionalisme
[11].

Ciri yang pertama adalah pegangan dan sumber membuat keputusan. Ciri ini amat penting kerana ianya menjadi asas kepada pembentukan sistem ekonomi sesebuah negara. Perbezaan ini jelas ketara kerana sistem ekonomi Sosialis berpegang kepada konsep materialisme dan menjadikan akal manusia sebagai sumber hukum dan ekonomi. Manakala sistem ekonomi Kapitalis menjadikan sekularisme sebagai asas pegangannya serta menggunakan akal dalam membuat keputusan – keputusan ekonomi. Sistem ekonomi Komunis pula berpegang kepada konsep materialisme di dalam memansuhkan pemilikan harta benda serta membuat keputusan dengan menggunakan akal semata – mata. Berbeza pula dengan sistem ekonomi Islam yang menjadikan agama sebagai pegangan kerana adanya hubung kait di antara kegiatan di dunia dengan keagamaan. Al – Quran dan As - Sunnah menjadi pemandu akal manusia dalam membuat keputusan ekonomi.

Manakala ciri yang kedua adalah matlamat yang berbeza dalam kegiatan berekonomi. Setiap sistem ekonomi mempunyai matlamat yang tertentu dalam kegiatan ekonomi mereka. Keuntungan, kepentingan diri sendiri dan masyarakat serta kebajikan menjadi antara aspek yang pilihan sebagai motif utama utama. Sebagai contoh matlamat kegiatan ekonomi Sosialis adalah mencapai agihan kekayaan yang lebih baik menerusi tindakan pengusa demokratik terpusat dan seterusnya mencapai corak pengeluaran kekayaan yang lebih baik daripada yang wujud masakini.
[12] Berlainan pula dengan sistem Kapitalis. Keuntungan peribadi dianggap sebagai matlamat kerana menurut sistem itu, manusia tidak akan bekerja kecuali apabila ia mempunyai kepentingan peribadi[13] dalam pekerjaan[14]. Manakala sistem ekonomi Komunis pula ingin mencapai matlamat “memiliknegarakan” harta kekayaan negara. Mereka berkata tujuan pemansuhan pemilikan harta ialah untuk menjauhkan jurang ketaksamaan yang wujud antara anggota – anggota masyarakat, dan menyamaratakan darjat semua golongan masyarakat untuk mengakhiri sistem masyarakat berkelas.[15] Matlamat sistem ekonomi Islam pula dapat dilihat pada dua peringkat, iaitu matlamat perantaraan dan matlamat akhir[16]. Matlamat perantaraan adalah kepuasan, keperluan, kebaikan dan sebagainya. Pencapaian al – falah merupakan satu – satunya matlamat ( objektif ) unggul yang terpenting sebagai satu matlamat terakhir[17].

Prinsip – prinsip dalam sistem ekonomi juga turut membezakan antara satu sistem ekonomi dengan sistem yang lain. Pemilikan, persaingan dan rasionalisme menjadi aspek utama yang membezakannya. Contohnya bagi pemilikan sistem ekonomi Sosialis mengamalkan prinsip memiliknegarakan harta. Segala bentuk pengeluaran dan sumber pendapatan menjadi milik negara atau komuniti. Hak individu untuk memiliki harta atau segala kaedah pengeluaran tidak diiktiraf. Oleh yang demikian, individu lansung tidak mempunyai hak pemilikan
[18]. Akan tetapi di dalam sistem ekonomi Kapitalis setiap negara mengetahui hak kebebasan individu untuk memiliki harta persendirian. Setiap individu boleh memiliki, membeli dan menjual sebarang hartanya yang dikehendaki tanpa halangan. Individu mempunyai kuasa penuh terhadap hartanya dan bebas menggunakan sumber – sumber ekonomi menurut cara yang dikehendaki. Setiap individu boleh juga memiliki faedah – faedah yang diperolehi daripada pengeluaran dan pengagihan serta bebas untuk melakukan pekerjaan[19]. Berlainan pula dengan sistem ekonomi Kapitalis yang membuat penghapusan kesemua pemilikan individu ke atas tanah, lain – lain harta sebenar dan modal dan pemberian semua benda – benda ini kepada negara untuk ditadbir dan dieksploitasi bagi pihak masyarakat secara keseluruhannya. Ini dipanggil “penghaknegaraan” mutlak[20]. Manakala sistem ekonomi Islam pula mengiktiraf hak individu untuk memiliki harta. Walau bagaimanapun, ia memberikan batasan – batasan tertentu supaya kebebasan itu tidak menjejaskan kepentingan masyarakat umum.[21] Di dalam sistem ekonomi Islam juga segala yang ada dimuka bumi ini adalah milik Allah dan ia diberikan kepada manusia sebagai satu “ amanah “[22] Selain itu, persaingan dalam pasaran juga merupakan ciri yang membezakan satu sistem ekonomi dengan sistem ekonomi yang lain. Sebagai contoh sistem ekonomi ekonomi Kapitalis mengamalkan persaingan bebas dan monopoli manakala sistem ekonomi komunis menggunakan prinsip perancangan pusat. Bagi sistem ekonomi Islam pula stuktur persaingan dalam pasaran ialah kerjasama bebas dimana semua orang bebas keluar masuk pasaran. Persaingan yang dibenarkan oleh Islam adalah persaingan secara sihat dan terpimpin[23].

Konklusinya, sistem yang tertentu amat diperlukan oleh ekonomi sesebuah negara untuk menyelesaikan permasalahan ekonomi yang timbul. Namun begitu, sistem Ekonomi Islam adalah sistem ekonomi yang lengkap dan amat unik berbanding dengan sistem ekonomi yang lain.


Nota Hujung
[1] Surtahman Kastin Hasan ( 1996 ), Ekonomi Islam : Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 39.
[2] Hamzaid Yahya ( 1985 ), Ekonomi Mikro.Selangor : B & H Enterprise Sdn. Bhd. h. 2.
[3] Monzer Khaf ( 1989 ), “Islamic Economics System – A Review” dalam Aidit bin Ghazali dan Syed Omar bin Syed Agil (ed.) ( 1989 ), Reading In The Concept and Methodology Of Islamic Economics. Selangor : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.h. 72.
[4] Surtahman Kastin Hasan ( 19 ), op.cit., h. 39.
[5] Monzer Khaf ( 1989 ), op.cit.,h.72.
[6] Ibid., h.73.
[7] Surtahman Kastin Hasan ( 19 ), op.cit., h.20.
[8] Ibid., h.73.
[9] Ibid., h. 36.
[10] Masalah asas dalam ekonomi yang penting terdiri daripada tiga masalah iaitu masalah kekurangan, pilihan dan kos melepas. Kewujudan masalah ini adalah disebabkan oleh kehendak manusia yang tidak terhad dan penawaran faktor – faktor pengeluaran yang terhad.
[11] M.A Mannan ( 1993 ), Ekonomi Islam : Teori dan Praktis. Terjemahan oleh Radiah Abdul Kader. Kuala Lumpur : A.S Nooeden. h. 11.
[12] Ibid., h.20.
[13] Kepentingannya ialah mendapat keuntungan untuk menampung perbelanjaan hidup seseorang dan keluarganya, untuk menabung ( menyimpan wang ) supaya ia boleh mengguna tabungannya apabila ia tidak boleh bekerja kelak samada kerana ia ingin berehat, sakit atau berusia tua, dan juga dengan menabung ia boleh membantu dirinya membeli peralatan baru atau memperbaharui cara – cara yang boleh menolongnya mencari nafkah, apabila peralatan ini menjadi lapuk atau rosak.
[14] A. Lababidi ( 1987 ), Ekonomi Islam Suatu Perbandingan. Terjemahan Yusuf Ismail. Kuala Lumpur : A.S Noordeen. h. 12.
[15] Ibid., h. 19.
[16] Surtahman Kastin Hasan ( 19 ),op.cit., h. 20.
[17] Ibid., h. 23.
[18] Afzal – Ur – Rahman ( 1994 ) , Doktrin Ekonomi Islam , Jilid 1,cetakan ke-2.Terjemahan oleh Mustafa Kassim. Kuala Lumpur : DBP. h. 5.
[19] Ibid., h. 2.
[20] A. Labadidi ( 1987 ), op.cit., h.18.
[21] Afzal – Ur – Rahman ( 1994 ), op.cit.,h. 8.
[22] M. Mansoor Alam ( 1996 ) Perspective On Islamic Economics. New Delhi : Institute of Objective Studies. h. 86.
[23] Persaingan yang sihat adalah bebas daripada unsur – unsur spekulasi, penyeludupan, monopoli, pembaziran, penyorokan dan sebagainya.

Read more...

Tazkirah 1

>> Ahad, 22 Mac 2009



Ketawa di dunia Laughing , menangis di akhirat Sad ..

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak kerawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak ketawa menjadikan hati semakin hitam dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat digambarkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri(muhasabah) serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak." Smile

Read more...

UiTM segaMAT

>> Sabtu, 21 Mac 2009

assalamulaikum kawan-kawan semua... ni nak habaq.. kita akan trima kunjungan hormat dr UiTM segamat mlm nie.. bdak2 isbac part 4 dia orang..program rasminya esokk pagi tp meh la join malam ni jugak kul 8.30 tempat nya...kt jasmin.....ada makene tau..hehe..

update by Biro Perhubungan Korporat

Read more...

bOArD ISBAC

>> Jumaat, 20 Mac 2009




ha... jeng je jengggg... ni la rupe baru board ISBAC setelah beberapa lama geng2 kami cuba mendesignkannya..boleh la A- sbb xsiap semua lagi...hehe.. trima kasih kpd meka2 yang bg komen yang bkaitan board...kami cuba...

update by Biro Tugas-Tugas Khas


Read more...

sALAm hari keBESARan ISlaM

update by department of spiritual & charity

KISAH 2 SAHABAT, SEORANG PAKCIK & LIF AJAIB GUNUNG KINABALU
Cool

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."

Abu : "Berita apanya?"

Ali : "Aku dapat iklan ni la...pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."

Abu : "Wow!...hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu...apa syarat2 dia?"

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.

Di Kaki Gunung Kinabalu...

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."

Abu : "Apa lagi...jom kita cari pihak penganjur tu...aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni...tak jumpa pun lif ajaib tu.."

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur...tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu...'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud...kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak...itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."

Ali : "Hmmm..."

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti" Very Happy

Read more...

SELAWAT ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

>> Ahad, 8 Mac 2009








Read more...

Alu-aluan Presiden

Assalamualaikum waramatullahi wa barakatuh..


Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia nikmat yang dikurniakan olehNya kepada kita semua kerana kita semua masih diberikan nikmat Iman & Islam yang tidak ternilai harganya. Sentiasalah kita bersyukur dengan pemberiannya samada sekecil-kecil pemberian mahupun sebesar-besar pemberian. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur.

Dikesempatan ini rasanya masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian yang melantik saya untuk mengetuai Persatuan Perbankan Islam ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan ISBAC. InsyaAllah akan saya buat termampu dengan kebolehan yang ada dan dengan adanya tunjuk nasihat daripada penasihat persatuan, Ustazah Noor Hasyimah Sulaiman yang amat berpengalaman dalam pengurusan organisasi dan penganjuran program.

Buat sahabat-sahabat yang juga telah diamanahkan untuk bersama-sama saya dalam jawatankuasa persatuan moga-moga akan diberikan kekuatan dan suatu semangat dalam menggerakkan persatuan ini tidak kira dalam sudut pengurusan organisasi mahupun dalam menjayakan program. Apa yang penting adanya suatu semangat bekerjasama, saling memahami dan saling membantu diantara kita yang mampu menguatkan lagi ikatan antara kita semua.

Di sini suka untuk saya ingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat exco sekalian bahawa kita semua bukan sahaja untuk menjaga kebajikan ahli kita sepanjang berada di UiTM tetapi perlu ingat tugas kita semua juga adalah untuk membimbing mereka ke Syurga. Tugas ini tidak akan terlepas dari kita semua dan akan dipersoalkan dikemudian hari.

Buat semua ahli-ahli perlu di ingatkan bahawa kita semua mengambil Kursus Perbankan Islam
@ bakal ahli perbankan yang secara terus melantik kita sebagai duta kecil untuk membawa imej seorang pelajar Islam yang membawa imej Islam yang mulia. Ini merupakan tugas yang secara tidak langsung sedang dipikul oleh kita semua. Dengan ilmu-ilmu agama yang kita pelajari sepanjang mengambil kursus ini akan lebih bermakna jika kita dapat mengapplikasikannya dalam kehidupan seharian kita samada dari sudut penampilan, pemakaian, pergaulan antara siswa dan siswi, hubungan baik dengan para pensyarah dan dalam amal ibadah seharian

Pihak jawatankuasa persatuan juga telah mengatur beberapa program untuk dijayakan pada semester ini dan telah diamanahkan kepada beberapa kelas untuk menguruskannya. Jadi saya berbesar hati memohon sokongan daripada semua untuk menjayakan program-program tersebut. Pihak jawatankuasa telah merancangnya dan sekarang ianya terserah kepada sahabat-sahabat semua untuk menyakannya. Baik buruk, jatuh naiknya nama Persatuan Perbankan Islam kini hanya terletak ditangan sahabat-sahabat sekalian. Jika sahabat-sahabat mengindahkan@menjayakan program tersebut, maka indahlah nama persatuan dan disebaliknya. Sahabat-sahabat yang akan menentukannya.

Saya dengan penuh terbuka memberi peluang kepada sahabat-sahabat semua untuk mengemukakan sebarang cadangan @ kritikan yang mampu menambahkan lagi mutu pengurusan persatuan, penganjuran-penganjuran program dan menguatkan lagi ikatan ahli-ahli persatuan.

Akhir kalam, semoga ada pembaharuan dan perubahan dalam persatuan kita semua dalam pelbagai sudut. Semoga mendapat panduan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.


MOHD FAKHRURRAZI B AWANG @ GHAZALI
dim_sml@yahoo.com.my


Read more...

Rasulullah s.a.w: Satu Sorotan Sejarah

>> Sabtu, 7 Mac 2009

http://citutrg.blogspot.com/

1- PENGENALAN


Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya.


2- DETIK KELAHIRAN.


Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.

Saatnya telah tiba. Aminah melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.

Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.


3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)


Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w sehari sama dengan pertumbuhan kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah. Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.


4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.


Adalah Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemalu dan rendah hati. Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.

Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.

Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya.

Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.

Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.

Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.

Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang.

Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.


5- SEDUTAN PERISTIWA.

1 Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.

2 Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.

3 Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat.

4 Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

5 Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

6 Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.

7 Usia 35 tahun Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaum mengenai Hajar Aswad.

8 Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul

9 Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj

10 Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah.

11 Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah


6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.

Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:-

1 Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2 Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya.
3 Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4 Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5 Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6 Zunairah seorang hamba Abu Jahal dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7 Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid.

Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.


7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.


Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:-

1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat.
3. Beriman kepada Rasul.
4. Beriman kepada Kitab.
5. Beriman kepada hari Kiamat.
6. Beriman kepada Qadhak dan Qadar.


Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:-

1. Mengucap dua kalimah syahadat
2. Mendirikan solat lima waktu.
3. Puasa di bulan Ramadhan.
4. Mengeluarkan Zakat
5. Menunaikan fardhu Haji.

Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-

1. Sentiasa bersabar.
2. Sentiasa bercakap benar.
3. Sentiasa jujur dalam semua hal.
4. Sentiasa bersifat Amanah.
5. Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6. Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7. Sentiasa menepati janji.
8. Sentiasa merendah diri.
9. Baik hati.
10. Pemaaf dan lain-lain lagi


8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.

Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1. Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan.

2. Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.

3. Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.

4. Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir.

5. Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.

6. Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup.
7. Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya.


9- PENUTUP.

Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa.

Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Read more...

ZOOoooOOOOOM Kuala Gandah...

>> Jumaat, 6 Mac 2009

ni crite fresh..baru je lepas baru-baru ni(27/2/09)..lawatn ke kampung orang asli.lokasi lawatn adlh kuala Gandah,pahang..lawatan ini di sertai oleh 30 orang plajar isbac di temani staff UiTM sbagi pengiring..










































































wa..meriahnya diorang neh..spanjang lawatan pelbagu aktiviti yang telah di anjurkan bersam penduduk kampung, di antaranya upacara keluarga angkat, sukaneka, melawat ke zoo, majlis pemberian zakat dan byk lagi..waa.. bagus btul rupanya pelajar kita ni yea...
dengar citer ramai yg minat nak join sama lawatn neh, tpi malangnya x cukup bas..waduh-waduh,paknya oi,,!lain kali kita pi lagi yea..

Read more...

We are in JB Town!!!









Trip ke johor bahru yang dianjurkan oleh bmb5ia pd 28-31 jan 2009 telah berlangsung dengan jayanya..
Tempat yang dilawati adalah, Iskandar Malaysia, Nusajaya, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Persada Johor...
Iskandar Malaysia telah meluaskan empayar nya dengan membuat aktiviti pembangunan di sekitar Johor untuk menarik pelabur asing datang membuka peluang pekerjaan di Malaysia,
Nusajaya antara wilayah Iskandar Malaysia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan di wilayahnya.
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) adalah Pelabuhan yang terbesar di Johor, merupakan pintu utama untuk kapal-kapal besar dari pelbagai negara datang dengan pelbagai tujuan perdagangan..
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau sendiri strategi perancangan dan pelaksanaan sesebuah organisasi dalam menjayakan setiap pembangunan yang memberikan pulangan yang hebat terhadap ekonomi negeri khususnya dan negara amnya..
....jauh berjalan luas pemandangan.....

Read more...

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP