Salam Kecemerlangan

>> Selasa, 24 Mac 2009



Dari Tinta Penasihat


Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh…
Syukur segala puji dipanjatkan kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat Baginda serta muslimin dan muslimat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Pertamanya tahniah kepada semua pelajar ISBAC yang telah bertungkus lumus menjayakan dan mengaktifkan ISBAC walaupun sibuk dengan aktiviti pembelajaran. Walaubagaimanapun kesibukan belajar bermakna kita lupa dengan aktiviti-aktiviti berpesatuan yang dapat membentuk personality diri dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya perlu seimbang agar anda semua menjadi graduan yang berkualiti yang bukan sahaja bijak menulis di atas kertas tetapi juga mempunyai sifat kepimpinan, bijak komunikasi, mampu bekerjasama, menguruskan keadaan, membuat keputusan dan sebagainya. Semua “soft skill” ini amat penting sejajar dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi memastikan anda semua mampu bersaing apabila telah menjadi graduan nanti.
Saya juga mengucapkan syabas kepada semua anak-anak didik warga ISBAC yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya menjadi penasihat kelab ini. Semoga segala nasihat yang saya berikan akan dijadikan panduan untuk menjadi pemimpin dan juga ahli ISBAC yang aktif. Saya akan berasa bangga jika pada masa hadapan anda semua akan berjaya menjadi pemimpin Negara yang berilmu, beriman dan bertakwa berkat daripada ilmu yang dipelajari sepanjang menjadi anggota ISBAC. Akhir kalam selamat berbakti dengan penuh keihlasan, moga-moga dengannya keredhoan Allah s.w.t sentiasa memayungi anda semua. Jumpa lagi di masa-masa akan datang.

Paras puteri cantik rupawan
Sopan santun pekerti terbilang
Libatkanlah diri dalam aktiviti berpersatuan
Moga terbentuk personaliti yang cemerlang

Dengki dan sengket tidak biasa
Kerna puteri pekerti budiman
Latihlah diri membahagi masa
Agar seimbang pelajaran dan persatuan

Tersenyum puteri sepanjang masa
Tidak sekali berasa gundah
Tekadkan niat ikhlas berjasa
Semoga hidup di berkati Allah

Syukran jazilan, wassalam.

Noor Hasyimah Sulaiman
Penasihat ISBAC
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Terengganu

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP