Alu-aluan Presiden

>> Ahad, 8 Mac 2009

Assalamualaikum waramatullahi wa barakatuh..


Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia nikmat yang dikurniakan olehNya kepada kita semua kerana kita semua masih diberikan nikmat Iman & Islam yang tidak ternilai harganya. Sentiasalah kita bersyukur dengan pemberiannya samada sekecil-kecil pemberian mahupun sebesar-besar pemberian. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur.

Dikesempatan ini rasanya masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian yang melantik saya untuk mengetuai Persatuan Perbankan Islam ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan ISBAC. InsyaAllah akan saya buat termampu dengan kebolehan yang ada dan dengan adanya tunjuk nasihat daripada penasihat persatuan, Ustazah Noor Hasyimah Sulaiman yang amat berpengalaman dalam pengurusan organisasi dan penganjuran program.

Buat sahabat-sahabat yang juga telah diamanahkan untuk bersama-sama saya dalam jawatankuasa persatuan moga-moga akan diberikan kekuatan dan suatu semangat dalam menggerakkan persatuan ini tidak kira dalam sudut pengurusan organisasi mahupun dalam menjayakan program. Apa yang penting adanya suatu semangat bekerjasama, saling memahami dan saling membantu diantara kita yang mampu menguatkan lagi ikatan antara kita semua.

Di sini suka untuk saya ingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat exco sekalian bahawa kita semua bukan sahaja untuk menjaga kebajikan ahli kita sepanjang berada di UiTM tetapi perlu ingat tugas kita semua juga adalah untuk membimbing mereka ke Syurga. Tugas ini tidak akan terlepas dari kita semua dan akan dipersoalkan dikemudian hari.

Buat semua ahli-ahli perlu di ingatkan bahawa kita semua mengambil Kursus Perbankan Islam
@ bakal ahli perbankan yang secara terus melantik kita sebagai duta kecil untuk membawa imej seorang pelajar Islam yang membawa imej Islam yang mulia. Ini merupakan tugas yang secara tidak langsung sedang dipikul oleh kita semua. Dengan ilmu-ilmu agama yang kita pelajari sepanjang mengambil kursus ini akan lebih bermakna jika kita dapat mengapplikasikannya dalam kehidupan seharian kita samada dari sudut penampilan, pemakaian, pergaulan antara siswa dan siswi, hubungan baik dengan para pensyarah dan dalam amal ibadah seharian

Pihak jawatankuasa persatuan juga telah mengatur beberapa program untuk dijayakan pada semester ini dan telah diamanahkan kepada beberapa kelas untuk menguruskannya. Jadi saya berbesar hati memohon sokongan daripada semua untuk menjayakan program-program tersebut. Pihak jawatankuasa telah merancangnya dan sekarang ianya terserah kepada sahabat-sahabat semua untuk menyakannya. Baik buruk, jatuh naiknya nama Persatuan Perbankan Islam kini hanya terletak ditangan sahabat-sahabat sekalian. Jika sahabat-sahabat mengindahkan@menjayakan program tersebut, maka indahlah nama persatuan dan disebaliknya. Sahabat-sahabat yang akan menentukannya.

Saya dengan penuh terbuka memberi peluang kepada sahabat-sahabat semua untuk mengemukakan sebarang cadangan @ kritikan yang mampu menambahkan lagi mutu pengurusan persatuan, penganjuran-penganjuran program dan menguatkan lagi ikatan ahli-ahli persatuan.

Akhir kalam, semoga ada pembaharuan dan perubahan dalam persatuan kita semua dalam pelbagai sudut. Semoga mendapat panduan dan pertolongan daripada Allah s.w.t.


MOHD FAKHRURRAZI B AWANG @ GHAZALI
dim_sml@yahoo.com.my


1 comments:

Tanpa Nama Sabtu, Ogos 08, 2009 8:23:00 PTG  

salam..
mengapa warna tulisan tak nampak ni?
mcm mana nk baca..
kecewa lah...
it should b better than this.
tq :)
-tuty-

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP