Mantan Presiden

>> Khamis, 5 November 2009


Assalamuaikum wbt.


Segala puji bagi Allah yang mengatur setiap sesuatu yang berlaku. Malam berganti siang & bulan berganti matahari. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan Islam kepada kita semua. Alhamdulilah masih dapat menikmati nikmat Iman & Islam yang amat bernilai. Sentiasalah kita bersyukur dengan pemberiannya samada sekecil-kecil pemberian mahupun sebesar-besar pemberian. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur.


Pertama dan utamanya saya mengucapkan sekalung tahniah kepada barisan kepimpinan baru yang telah dipilih untuk meneruskan gerak kerja ISBAC bagi sesi 2010. Moga anda semua dapat membawa persatuan ke suatu tahap kejayaan yang lebih cemerlang dari sebelum ini. Cemerlang dari sudut akedemik mahupun penampilan sebagai seorang pelajar muslim yang mukmin. Penglibatan diri dalam berorganisasi memerlukan pengorbanan yang banyak. Bukan sahaja akal fikiran yang perlu dicurahkan tetapi juga memerlukan sumbangan masa,tenaga dan kewangan untuk memastikan tanggungjawab terlaksana.Jangan jadikan jawatan yang diamanahkan ini bukan sekadar pameran untuk dijadikan kebanggaan pada hari namun jadilah ia suatu yang membantu di hari akhir nanti. Hari yang akan diungkit segala amalan yang dilaksanakan.


Ribuan terima kasih buat Ustazah Noorhasyimah & Pn Fatiyah yang banyak membimbing & memberi dorongan kepada kami dalam menguruskan persatuan. Tanpa ilmu dan tunjuk ajar yang diberi, mana mungkin kami dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Buat sahabat-sahabat exco 2009 terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan. Disebalik kejayan yang kita kecapi pada hari ini, jangan kita lupa untuk memuhasabah diri dan berfikir sejenak adakah segala amanah yg diamanahkn sebelum ini telah kita laksanakan atau belum? Dan cuba nilaikan semula sebanyak mana sumbangan yang telah kita berikan? Semoga segala jasa yang dicurahkan akan mendapat balasan yang setimpal dariNya.


Buat semua ahli, terima kasih kerana membantu kami dalam menjayakan program-program yang dijalankan, Segala kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil kerjasama anda semua. Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang ada sepanjang saya menerajui ISBAC. Akhir kalam, Selamat maju jaya.



Qlateboy86

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP