Seuntai kata Penasihat

>> Khamis, 5 November 2009


Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh…


Syukur, segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan semesta alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat baginda, sidang pelajar muslimin dan muslimat.


Alhamdililah, tangan ditadah penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana kita masih lagi diizinkan olehNya berpijak di bumi ini bagi meneruskan kehidupan yang hanya persinggahan, semoga kita sentiasa diberi nikmat iman dan islam dan tidak tergolong didalam kalangan orang-orang yang tidak kenal erti syukur.


Pertamanya, tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ISBAC kerana berusaha keras dan Berjaya menerbitkan satu lagi Buletin ISBAC walupun sibuk dengan aktiviti pembelajaran di penghujung semester ini. Walau pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi, namun tetap berusaha bagi menghidupkan ISBA. Kepada pelajar semester 5 yang akan meninggalkan kampus untuk latihan industri dan pelajar semester 6 yang akan menamatkan pengajian diharap pelajar- pelajar akn menggunakan ilmu yamg ditimba di UiTM ini untuk menempuhi alam pekerjaan.


Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatan kuasa yang baru dilantikbagi menggantikan organisasi yang lama bagi menerajui kepimpinan ISBAC pada semester hadapan. Diharapkan anda akn dapat memikul dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan berdedikasi bagi membawa ISBAC keperingkart yang lebih tinggi. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ahli jawatan kuasa yang lama sesi November 08 – Disember 09 kerana telah berusaha dalam menghidupkan Persatuan Perbankan Islam dengan program-program yang telah dijalankan.


Akhir kalam, kepada semua warga ISBAC selamat menempuhi peperiksaan dan semoga Berjaya di masa hadapan. Semoga kita semua akan diberkati olehnya, insyaALLAH.

Bertemu lagi di masa akan datang.

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP