Perutusan Khas Presiden

>> Khamis, 5 November 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera disampaikan, pertamanya marilah kita sama-sama merafaqkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala sambil bermohon kepadaNya agar kita sentiasa diberi nikmat yang berpanjangan diatas kurniaan Iman dan Islam yang menjadikan kita semua berbangga kerananya।


Saya juga berbesar hati untuk menyahut seruan saudara sekalian dengan amanah yang diberikan ini agar dapat memandu Persatuan Perbankan Islam yang dikenali sebagai ISBAC ini bersama gagasan yang benar-benar mencapai objektif penubuhannya selaku wadah yang benar-benar mengahayati kesyumulan agama yang suci ini.


Saya juga mewakili saf Kepimpinan ISBAC 2010/11 juga merakamkan penghargaan kepada Penasihat persatuan ini yakni Ustazah Noor Hasyimah Sulaiman diatas peranan beliau yang besar dan bermakna bagi memastikan setiap pembangunan serta pengurusan ISBAC sentiasa berada pada tahap maksima। Begitu pula ucapan terima kasih kepada Ketua Program ISBAC dan FINANCE, Puan Fathiyah Ismail yang turut sama memberikan sumbangan idea dan tidak saya lupa kepada saf kepimpinan 08/09 yang lalu, diucapkan tahniah diatas kesungguhan kalian membina tapak yang kukuh sehingga ke tahap ini.


Saya sedar dan yakin bahawa peranan yang dimainkan ISBAC ini sangatlah besar, dan oleh itu, saya amat berharap samasekali agar sahabat-sahabat yang diamanahkan dalam ISBAC sentiasa memiliki jiwa yang besar untuk membawa dan meniup mesej yang jelas ini dan semoga diberikan ‘izzah dan motivasi diri yang cemerlang। Dan disinilah saya kira bahawa keutuhan persatuan ini dapat dicapai melalui kerjasama yang baik daripada semua peringkat. Sifat mulia dan kesungguhan kita ini hanya dapat dicapai sekiranya kita semua muafakat dan saling bantu membantu sesama kita.


Turut menjadi keutamaan kami ialah kepada semua ahli ISBAC yang senantiasa memberikan sokongan kepada setiap aktiviti, maka adalah diharapkan agar kebersamaan kalian dibawah satu bumbung persatuan ini sentiasa ditahap yang cemerlang. ISBAC adalah satu wadah yang sememangnya perlu melahirkan bakal graduan yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Maka dengan itu peranan yang bakal dimainkan juga harus dipamerkan dengan milikan sahsiah yang terpuji sebagaimana nilai-nilai murni yang kita dapati sepanjang keberadaan kita dialam kampus. Pensyarah-pensyarah yang telah memberikan didikan ilmu itu tidak harus kita lupakan setelah tamatnya pengajian mahupun semasa di alam kerjaya.


Dan sebagai penutup kepada kalam bicara saya, saya sekali lagi menyeru seluruh ahli keluarga ISBAC untuk bersama-sama mengangkat ISBAC ke suatu tahap yang membanggakan demi memperoleh keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT। Sekian, terima kasih.


MOHD AZLAN BIN KAHLID, deano_lan@yahoo.com.my

0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP