Sekapur Sireh Koordinator Program

>> Khamis, 5 November 2009



Assalamualaikum w।b.t

Segala puji bagi Allah S.W.T, pencipta alam semesta yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan Termulia, Nabi Muhammad S.A.W


Adik- adik yang dikasihi sekalian.


Peperiksaan akhir datang lagi. Ia adalah satu cabaran. Namun dari sudut yang lain, peperiksaan ini juga aslah satu peluang untuk kita menenpah tiket yang lebih mantap untuk meneruskan perjalanan pada masa hadapan. Mendapat keputusan yang baik itu adlah sangat penting. Apabila bakal majikan melihat keputusan yang kita perolehi semasa belajar, ia secara tidak langsung memberi gambaran tentang siapa kita sebenarnya. Keputusan yang baik memerlukan kepada usaha yang rajin dan tekad, maka itulah ciri-ciri yang dicari di dalam pasaran kerja. Jika sebelum ini keputusan kita agak kurang memberansangkan, maka inilah masa untuk kita perbaiki cantikkan apa yang tidak molek sebelum ini. Good luck untuk peperiksaan yang kian mendatang.


Bagi pelajar-pelajar semester 5 dan 6 yang akan menjalani latiha industri pada semesta hadapan, cedoklah pengalaman dengan sebaik mungkin. Latihan industri sebenarnya menjadi satu medium yang cukup baik bagi melatih serta memberi pendedahan kepada kita tentang dunia kerjaya. Pastinya tempat latihan yang berbeza, akan memberi pengalaman yang berbeza. Namun antara jalan yang terbaik untuk mempelajari sesuatu adalah melalui pengalaman kita sendiri. Perlu saya ingatkan pada semua agar menjadi pelatih yang baik. Jagalah nama baik UiTM dengan bekerja bersungguh-sungguh di samping mengamalkan sikap positif seperti berinisiatif, tidak segan bertanya, menghormati rakan- rakan sekerja di sekeliling dan rajin.


Saya yakin, pelajar- pelajar Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Perbankan Islam) mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Hingga ketemu lagi

Selamat maju jaya.

Wassalam



0 comments:

  © Blogger templates ISBAC 2010 by isbacuitmdungun.blogspot.com 2009

Back to TOP